December
14

Penjagaan Perut & Hati

Posted In: Tips by WAN RADHIAH WAN HANAFI

PERUT

perut

Perut merupakan punca segala penyakit iaitu melibatkan cara pemakanan kita seharian. Islam menitik beratkan agar umatnya bukan sahaja menjaga makan, tetapi juga adab ketika makan dan sumber makanan itu diperolehi. “Jangan jadi cam Wan, kunyah dah la xckup 40 kali, main telan je…gelojoh”

Selain daripada makanan itu wajib halal, beberapa panduan boleh di pelajari supaya tahap kesihatan boleh diperbaiki:-

  • Tidak digalakkan minum susu bercampur buah-buahan
  • Makanan darat dan laut elak dimakan serentak

Petua yang paling baik untuk mengawal pemakanan dan berat badan adalah ”makan sebelum lapar & berhenti sebelum kenyang”

 

HATI

heart3

Hati lebih sukar dijaga berbanding perut dan ia adalah organ yang paling ‘penting’ dalam badan manusia. Dalam Al-Quran ada menyebut yang bermaksud ” Manusia dijadikan 1 hati, kalau baik hati itu, baiklah ia dan sebaliknya. Hati tidak boleh menjadi baik dan jahat (kedua2 nya sekali).

Seperti yang kita sedia maklum, makanan hati ialah ayat2 Suci Al-Quran, Zikir , Selawat, dll. Apa yang patut dielakkan adalah penyakit2 hati seperti dendam, hasad dengki dan sebagainya. Sebagai manusia & umat Islam khususnya, penyakit2 hati ini wajib dielakkan kerana ini akan membakar segala amalan yang ada.

Selain hati sakit, hati juga boleh bertukar menjadi gelap. Perkara2 yang menggelapkan hati pula ada banyak seperti makan makanan yang tidak ‘halal’ dan lihat benda2 ‘haram’.

Apabila hati bersih, muka pun akan nampak bersih dan tenang…. Wuduk & solat yang sempurna akan membuatkan wajah berseri2….”xpayah pakai Vortox…”

wnita2

 

 

 

http://malaysiahalalfoods.com

http://www.hdcglobal.com

http://nutriweb.org.my

http://www.nutrition.moh.gov.my

VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.8.0_1031]
Rating: +1 (from 1 vote)
December
12

Nabi Muhammad S.A.W.

Posted In: Idola by WAN RADHIAH WAN HANAFI

Sejahtera lah ke atas kamu……

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan selawat untuk Nabi Muhammad S.A.W.

  header

Nabi Muhammad adalah manusia Agong yang namanya sering disebut2 dalam Al-Quran, di dunia mahupun akhirat. Penghulu sekalian makhluk di akhirat kelak.

Tapi sejauh mana kita yang dianggap sebagai umat Nabi Muhammad ini mengenali & menyayangi baginda. Adakah kita bersyukur menjadi umat Muhammad. Kita manusia berdosa amat memerlukan syafaat baginda di akhirat kelak. Namun tidak akan mendapat syafaat Nabi Muhammad bagi ‘Umat-umat Muhammad yang tidak manjadi umat Muhammad’

Nabi Muhammad adalah contoh terbaik untuk diikuti oleh setiap manusia terutama orang2 yang beriman. Nabi Muhammad bersifat maksum, namum baginda tidak pernah berhenti memohon ke ampunan dari Allah.”Kita yg hari2 wat dose ni, wat x tau je“. Baginda juga mempunyai budi pekerti yang mulia dan sifat2 terpuji. Beliau menyampaikan kata2 Allah dengan kesabaran dan menyuruh kita bersabar. “Memang bukan mudah untuk kita bersabar, kalau tak , takkan di sebut sabar itu separuh daripada iman…”

Antara perkara-perkara yang patut di ingati sepanjang waktu:

  1. Tidak akan diterima doa seseorang sehingga ia selawat ke atas Muhammad / mengingati baginda
  2. Orang yang selawat ke atas Muhammad pagi & petang akan mendapat syafaat baginda
  3. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga ia menyayangi Muhammad melebihi nyawanya sendiri

Nabi Muhammad amat menyayangi kita sebagai umatnya… Sehingga ketika baginda hampir wafat, perkara yang di sebut adalah ‘Ummati, Ummati….’ yang bermaksud umatku…Oleh itu, marilah kita menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikutan & panduan supaya hidup kita akan selamat dunia & akhirat…

Allah sahaja yang Maha Mengetahui…..Amin

VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.8.0_1031]
Rating: +2 (from 2 votes)
December
12

Solat

Posted In: Akhirat by WAN RADHIAH WAN HANAFI

Sebagai seorang muslim, solat adalah tiang agama & solat itu sesungguhnya dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

36cc2d119fdc9fb0

 

Namun, perlu diingat ‘Neraka jahannam adalah tempat untuk orang yang solat dalam keadaan mabuk’

“Camner ye solat dalam keadaaan mabuk, orang mabuk boleh solat ke???!!!”

Manusia sekarang terutama Wan selalu solat dalam keadaan mabuk ni. Apabila solat, ingatan pada Allah tu boleh dikatakan kosong, asyik ingatkan benda2 lain, pasal kerja, family dll. , seolah2 kita tidak sedar yang kita sedang berhadapan dengan Yang Maha Esa. Kita mabookkkk…solat1

“Xpayah solat la klu camtu”. Harus diyakini, ‘yang membezakan orang Islam dgn kafir adalah solat’. Kita akan jadi kafir apabila x solat kerana kufur akan perintah Allah.

Camne ni, solat masuk neraka, xsolat masuk neraka gak“. Sebagai seorang manusia, memang fitrah kita melakukan dosa. Kita bukan Malaikat. Syaitan akan memperindahkan dimata kita ape yang buruk. Kesibukan cari duit, lalai dengan hal2 dunia, dll. Kita perlukan duit untuk hidup, tapi jangan jadi hamba duit. Memang kerja syaitan memesongkan manusia.

 

flame-06setan

 

Susahnya…”.Jangan mengeluh, ‘Allah tidak pernah menzalimi hamba2Nya, manusia yang menzalimi diri sendiri. Dalam Al-Quran Allah selalu myebut berulang2 kali, ‘Orang2 yang berjaya di akhirat kelak adalah orang2 yang senantiasa cuba membaiki diri sendiri, menunaikan solat dengan sempurna dan mengeluarkan zakat.

Oleh itu rakan2 sekalian, marilah kita membaiki amalan kita terutamanya solat sebelum kita di solatkan. Kalau kita tak makan, paling teruk kita akan mati, tapi kalau kita tak solat / tak solat dngan betul, kita akan diazab dan x mati2….

 Kita boleh tahu solat kita diterima atau tidak. Tanda2 solat melaknat kita apabila kita selesa melakukan dosa dan kekal dalam maksiat. Rasa sangat malas menunaikan solat, tinggal solat ketika tiada orang melihat, dll..Kita sedia maklum la kan………(Wan la ni)

Akhir kata, kita kena sedar, kita kena takut. Orang yang di berikan nikmat dan berkat oleh Allah, akan sentiasa merasa kemanisan untuk beribadah. Dalam Al-Quran sentiasa disebut, ‘Takkan sama orang yang buta dengan yang celik & takkan sama orang yang pekak dgn yang mendengar’

Fikir2kan lah…….

 

 

Untuk tahu waktu solat terkini, sila layari

http://www.e-solat.gov.my

VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 6.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.8.0_1031]
Rating: +2 (from 2 votes)
November
26

Al-Quran

Posted In: Akhirat by WAN RADHIAH WAN HANAFI

ac5bb717b502633cAl-quran adalah benda yang paling berharga di dalam dunia & juga alam semesta yang kebanyakan manusia tidak menyedari.

Al-Quran sangat berharga kerana:-

  1. Ia adalah kata-kata dari Allah
  2. Ia wasiat dari Nabi Muhammad S.A.W
  3. Memberi petunjuk kepada orang yang ingin membaiki diri dan memberi amaran kepada orang yang ingkar
  • Alangkah ruginya manusia seandainya mati tanpa mengenali Al-Quran
  • Manusia bukan setakat membaca, tapi perlu memahami ape yang di baca & mengamalkannya
  • Tidak guna kalau katam 18x seandainya kandungan Al-Quran itu sendiri tidak sampai ke hati manusia

Oleh itu, carilah tafsir Al-Quran untuk kita lebih memahami & mencintai Al-Quran dan berguru dengan orang yang berilmu

Seandainya kita tidak berguru, maka syaitan lah guru kita….

Seandainya Al-Quran itu telah sampai kepada kita, maka kita adalah orang yang terpilih oleh Allah untuk menerimanya…

 

untuk mendekati Al-Quran,

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 8.7/10 (3 votes cast)
VN:F [1.8.0_1031]
Rating: +7 (from 7 votes)

Fatal error: Call to undefined function simplehitcounter_hit() in /home/hcmecom/public_html/blog/WanRWH/wp-content/themes/StarStruck/footer.php on line 33