web 2.0

Pencen

Salam rasanya tak sabar menunggu tarikh keramat 7hb. Februari 2012 kerana telah sampai tarikh bersara wajib bagi saya. Maklumle telah berkhiudmat lebih kurang 32 tahun. 20th dalm sektor kerajaan dan 12 tahun di sektor swasta. Maklum le memandangkan ibu sekarang uzur dan memerlukan pengawasan serta penjagaan yang berterusan kerana diserang “strok” dah masuk empat bulan pada 20hb. Mei yang lepas. Sekiranya saya di beri pilihan untuk dapatkan VSS sudah pasti saya orang pertama yang membuat permohonan. Memandangkan saya merupakan anak perempuan yang sulung telah menjadi kewajipan bagi saya menjaga Ibu. Rasanya terlalu lambat masa berlalu! Syukur Alhamdulilah walau apa pun saya masih diberi kesihatan dan tenaga yang membolehkan saya menjalankan tugas sebagai anak ! Amin. Semuga Allah tetapkan Iman semuga tetap tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang !Amin.

Pelarasan / kenaikan

Bila bercakap tentang pelarasan dan kenaikan gaji teringat semasa berkhidmat di sektor kerajaan dulu-dulu pastinya cukup lumayang tentunya sekurang-kurangnya seutas rantai tangan pasti dapat di beli! untuk tambahan koleksi! Tetapi tidak untuk sekarang tiada apa-apa selain macam kenaikan biasa saja! Walau apapun itu juga dinamakan rezeki! Alhamdulilah. Walaupun sedikit keberkatan yang kita harapkan. Banyak pun jika tidak berkat tak guna juga habis macam tu je!!

Renungan bagi perokok

Sinar harian semalam 11hb April 2010

- Setiap 8 saat,seorang mati akibat penggunaan tembakau.

- Lebih kurang 15 bilion rokok di jual setiap hari atau 10 juta setiap minit.

- Dikalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki merokok!

- Di kalangan golongan remaja lelaki di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.

- 60,000 hingga 100,000 kanak-lanak di seluruh dunia mula merokok setiao hari secara kasar. separuh daripada mereka di negara-negara Asia.

- Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, serangan jantung dan penyakit paru-paru kronik.

- Terdapat lebih dpd 4,000 bahan kimia dlmasap tembakau, yg mana 2,000 dpdnya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yg boleh menyebabkan kerengsaan.

- Secara purata,setiap batang roko yg dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat sesaorang.

- 30 peratus dpd semua kematian berkaitan kanser adalah dpd tabiat merokok.

- dan 90 peratus dpd semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok. Fikir-fikirkan lah!

Untuk renungan

Bila kita mula berkerja pastinya kita akan berkerja dengan kualiti yang terbaik! tiada ada orang yang berkerja untuk sebaliknya! Mungkin kalau ada pun orang itu dikatakan gila! atau tidak siuman!

Sebab tidak ada orang yang waras tidak mahu maju kedepan dalam hidupnya kecuali manusia yang tidak normal!  kerana orang yang waras sentiasa berfikir untuk sentiasa berjaya dalam hidupnya oleh itu pasti ada cita-cita! Orang yang tiada cita-cita @ matalamat hidup tidak akan berjaya! mungkin sentiasa ditimpa musibah kerana orang yang tiada cita-cita tiada kesungguhan dalam kerjanya- sebaliknya selalu rasa tertekan dalam tugasnya! Oleh itu Iman dan ilmu penting dalam memainkan peranan dalam membangunkan cita-cita dan matalamat dalam hidup, baru kehidupan boleh berjaya!  Dengan adanya cita-cita baru cinta pada kerjaya akan lahir seiraing dengan usaha! sebab tanpa usaha kejayaan tidak dapat di capai! Olehitu sentiasa lah bersyukur dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi! Sesungguhnya kerja adalah amanah!

Renungan

Money can buy a house

but not a home

Money can buy abed

but not sleep

Money can buy a book

but not knowledge

Money can buy food

but not an appetite

Money can buy position

but not respect

Money can buy blood

but not life

Money can buy  medicine

but not healty

Money can buy sex

but not love

Money can buy Insurance

but not safety!

Fikir-fikirkan!

SAJAK BUAT IBU

IBU

kaulah ratu hatiku

ketika ini kau terlantar di perbaringan kerana tekanan darahmu yang x terkira

pun begitu  cumulut mu tak terhenti mengucap kalimah Allah!

dalam keadaan yang perit menahan kesakitan kau cukup tabah!

kami tahu Ibugguhnya kau amat menrindui Ayah yang telah pergi pada tanggal 12 november 2007 lalu

setiap pagi jumaat kau tetap setia mengujungi pusara Ayah!

hanya tiga minggu terakhir ini kau tidak dapat lakukan kerana

keuzuran mu Ibu

Kami anak-anak tetap setia disisi mu

maafkan kami Ibu jika layanan kami ada yang tidak sempurna

kami doakan agar Ibu cepat sembuh

Amin! DARI KAMI ANAK-ANAK MU

resipi ayam percik

bahan-bahannya

seekor ayam di potong empat ( anggaran 2kg)

1/2 kilo santan segera -pekat (2 biji kelapa)

20 ulas bawang kecil

2 inci halia

5 ulas bawang putih

asam keping 3 keping @ asam limau nipis, perasa secukupnya

ayam diperap dengan 1 inci halia garam secukup rasa dan di kukus-separuh masak dan di panggang dan direngiskan dengan bahan kuah yang telah dimasak, ulang sampai ayam kekuning-kuningan! garing-masak

Kuah – bahan-bahan diatas dikisar dan dicampurkan dalam santan pekat kacau sehingga mendidih dan pekat.

Bagi yang suka pedas boleh dimasukkan cili kering – kuahnya merah.

Sesuai di makan dengan nasi atau dimakan bagitu saja. Selamat mencuba!

Luahan rasa

Kekadang susah menjadi pekerja yang sentiasa ikut perintah

kerana orang akan kata bodek bos!

tapi lebih malang lagi jika kita cuba buat sesuatu yang pasti tidak di sukai bos walaupun betul kita dikatakan nak mengajarnya!

jadi semuanya sebasalah!

kalau macam ini tak hairan ramai staff yang dapat penyakit darah tinggi ! malang nya lagi penal x cover ubat untuk penyakit darah tinggi – kena bayar tunai? dimana silapnya!!!!! fikir-fikirkan!

Renungan

Kelebihan Mendirikan Solat

1.Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda.”Solat lima waktu yang didirikan antara Juma’at minggu ini dan Juma’at akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.”

Hadis Riwayat Muslim

2.Rasulullah S.A.W bersabda,Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir dengan terang-terangan.”

Hadis Riwayat at-Tabrani.

3. Abu Hurairah r.a meriwayatkan , Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Bayangkan di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab, ‘Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.’ Baginda bersabda lagi, ‘Bagitulah perumpamaan  solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna , Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

4.Usman bin Affan r.a meriwayatkan , “Aku pernah mendengar baginda Rasulullah S.A.W bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya. Lalu dia berwuduk dengan sempurna. Kemudian di solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang  pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa”

Hadis Riwayat Muslim

5.Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah binti Abu Sufyan meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari , dibinakan kepadanya rumah di dalam syurga.”

Hadis Muslim

6.Abu Hurairah meriwayatkan ,” Rasulullah S.A.W bersabda,  ‘Seorang munafik merasakan solat Insyak dan Subuh adalah solat yang paling beratuntuk dilaksanakan. Namun apabila mereka tahu betapa besarnya pahala apabila melakukan kedua-duanya, paasti mereka menunaikannya secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar.”

Hadis Bukhari dan Muslim.

Sajak

SENYUMAN

Sekilas pandang terukir senyuman,

HATI berkata

Ikhlas kah Aku!

Betul kah Daku!

yang tentunya aku Pasrah

Sesungguhnya aku Ikhlas

sesungguhnya senyuman itu Sebahagian daripada Iman!

Amin! Amin! Amin!

Sesungguhnya aku bahagia dengan senyuman ku! atau sesiapa saja!

Senyuman adalah satu anugerah yang tiada nilainya!

Oleh itu sentiasa jadikan senyuman pakaian seharian!

dengan nya kita sentiasa tenang dan sabar ! Insaallah ! Amin!

Previous Entries