miRaCLes oF liFe..

bELieVe tHaT aNyThiNg iS pOssiBLe..

ERTI PENGORBANAN..

December4

Salam semua. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam amnya dan pengunjung blog ini khasnya. Memandangkan Aidiladha berkisah tentang pengorbanan dan kita juga masih dalam mood raya so marilah bersama-sama kita menghayati dan berkongsi rasa tentang ‘Erti Pengorbanan’.

Seperti yang umat islam semua memang sedia maklum kisah pengorbanan ini bertitik tolak semasa zaman Nabi Ibrahim alayhi al-salaam yang diuji untuk mengorbankan anaknya sendiri sebagai tanda kesetiaannya pada Allah swt. Nabi Ibrahim dipilih olehNYA sebagai salah seorang khalil iaitu kekasih kepada yang Maha Pengasih, Allah ‘Azza Wa Jalla. Khalil bukannya kekasih biasa malahan ianya disebut khullah iaitu cinta pada kesempurnaan yang tiada duanya.

Detik permulaan bermula apabila Nabi Ibrahim dikurniakan dengan seorang cahayamata yang telah sekian lama ditunggu. Setelah lanjut usia dan lama hidup tanpa zuriat, kehadiran Ismail, anaknya bersama si isteri Hajar, telah meragut sedikit ruang hati yang sebelum ini tepu dengan cinta tinggi kepada Allah swt.

Lalu Allah swt mengujinya. Diperintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya sendiri. Bayangkan seorang bapa diperintah untuk meletakkan senjata tajam di tengkuk anak yang selama ini dijaga penuh kasih, jauh dari duri dan bahaya kehidupan. Seandainya perkara ini berlaku pada pembaca sekalian, adakah wujud kesanggupan untuk memperlaku darah daging sedemikian rupa? Begitu berat ujian yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan begitu besar pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya demi sebuah cinta yang maha agung.

Tetapi gelaran Nabi Ulul Azmi yang disandang oleh baginda telah menjawab segala persoalan. Kesediaan Ismail untuk dikorbankan juga memberi kekuatan kepada Nabi Ibrahim menyempurnakan arahan yang Maha Esa.
“Teruskan ayahanda, nescaya engkau akan dapati aku ini dari kalangan mereka yang sabar”,
seru Ismail kepada ayahandanya. Keyakinan Ismail juga datang dari cinta dan taat yang tinggi kepada-Nya.

 Setelah jazam niat dan azam Nabi Ibrahim, terbuktilah cintanya kepada Allah swt tidak tergugat dengan kasihnya sebagai seorang ayah kepada si anak bernama Ismail. Baginda amat kukuh berpegang dengan hidayah Allah swt, hati yang sejahtera itu juga tunduk sepenuhnya kepada ketentuan yang telah diturunkan kepadanya. Perintah menyembelih Ismail, digantikan dengan binatang ternakan yang seterusnya menjadi sunnah amalan seluruh ummah selagi mentari masih menyinar, selama bulan tetap bercahaya dan sehingga kita menuju ke akhir zaman.

 Allah swt berfirman,

 ”Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”

 (Surah Al-Saaffaat ayat 37)

Setelah apa yang berlaku pada Nabi Ibrahim kita tak perlu lagi nak mempertikaikan ketaatannya.Itulah sejarah untuk sekeping hati milik IBRAHIM, yang kita tinggikan namanya pada hening setiap kali seruan Aidiladha memanggil.

Setiap daripada kita punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa korban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti kita akan bertemu juga jawapannya. Syaratnya perlu terus muhasabah diri dan terus mencari. Mencari erti dari mata hati. Hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan kita sendiri. Hiduplah di dunia ini dengan seikhlas hati, dan temuilah Allah swt di alam mendatang dengan sepenuh hati, kerana di situlah letaknya kebahagiaan yang hakiki dan kesejahteraan yang kekal abadi.

Kesimpulannya, memberi dan berkorban adalah manifestasi cinta dan kasih menembusi hati. Tanpa kasih, memberi itu pahit dan berkorban itu sangatlah perit. Carilah kesempatan agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri untuk ‘Erti Pengorbanan’. Ingat, orang yang berkata dengan mulut belum tentu mesejnya menusuk di jiwa, tetapi orang yang berkata dengan hati maksudnya pasti terkesan hingga ke hujung usia.

Renungkanlah setiap kekurangan,
Bersyukurlah atas sebuah kehidupan,
Semoga kita diberi kekuatan untuk berkorban,
Pada keluarga, teman, rakan dan taulan,
Keindahan pasti menyusul kemudian,
Teruskanlah mencari ‘Erti Pengorbanan’,
Untuk kita menemui si DIA dengan penuh keimanan..

Salam Aidiladha kepada semua!

13

3

10

lembu 2

pssttt : wajah minah kenit di hening Aidiladha..

When your..
Words never spoken,
Pleasure never shown,
Pain never known,
Love never turn,
Remember..
Never too late to learn,
The knowledge that you yearn,
The experience that you earned,
Will be noted by Allah when you return,
Thus correct your intention,
For this short duration,
Everything happens for a reason,
As Jannah is the final destination..

posted under festival | 4 Comments »

MENITI USIA..

November23

Salam semua. Entri kali ini aku nak berceloteh tentang satu-satunya puteriku ‘Alya Nursafwa’. Pada 15hb November lepas, genaplah Safwa berumur dua tahun. Terasa baru semalam berlalunya detik kelahiran dia di semesta ini. Pantas sungguh masa meninggalkan kita. Pejam celik, tiba pula masa untuk dia mula masuk tadika, kemudian bersedia untuk bersekolah rendah dan seterusnya.

Sembilan bulan di alam rahim, memahat pelbagai penat jerih pengalaman seorang ibu. Tatkala itu terdetik dihati ‘ macam ini lah agaknya masa mak mengandungkan aku’. Keinsafan menyelubungi segenap pelusuk jiwa. Emosi untuk terus sabar dan tabah senantiasa berputar mengingatkan aku betapa berharganya erti sebuah pengorbanan. Sebanyak mungkin aku cuba mangamalkan segala yang dituntut untuk memberi yang terbaik kepada Safwa.

Sesungguhnya Allah swt ada berfirman,

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”

(Surah Luqman ayat 14)

Rasulullah saw juga bersabda bahawa,

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu”

(Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah saw pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud,

“Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah saw, Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi. Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu”

Bila membaca ayat-ayat diatas, terdetik rasa bahagia menjadi seorang ibu. Betapa kita mendapat perhatian dan penghormatan yang tidak terhingga dariNYA.

Setelah meniti tempoh kehamilan, kelahiran menjenguk tiba. Peristiwa melahirkan Safwa merupakan sesuatu yang tidak ternilai untuk digambarkan. Ianya berlalu dengan penuh kesyukuran. Tidak pernah terlintas untuk mengeluh mahupun berputus asa menghadapi semuanya. Apa yang penting tanggungjawab yang perlu aku laksanakan sesempurna dan seikhlas mungkin. Matlamat itu akan terus aku tunaikan sehingga ke hujung usia.

Untuk kesempatan ini juga ingin aku panjatkan doa semoga Allah swt melimpahkan seluas-luas cinta dan kasihNYA buat bondaku dan bonda sang kekasih yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Semoga cinta dan kasihNYA juga disiramkan ke hati dan jiwaku, yang bermujahadah untuk menghadapi hari mendatang dalam mengandung, melahir dan membesarkan anugerah ilahi yang tidak ternilai itu. Amin..

Sesungguhnya..
Tiada nikmat hidup seindah..
peluk restu seorang ibu,
azimat kata seorang bapa,
setia seorang isteri,
kasih seorang suami,
dan doa seorang ANAK..

Andainya suatu hari nanti Safwa dapat membaca coretan ini, ibu doakan semoga Safwa akan menjadi seorang yang amat membahagiakan. Kami sentiasa mendoakan sinar kehidupan mengiringi jalan untuk segenggam kejayaan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam melewati titian perjalanan. Titipkanlah nilai seorang insan dalam menjangkaui setiap angan dan mimpi yang penuh tentangan. Kenanglah kami dalam menghadapi hari esok yang bakal mendatang, kerana ‘semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan’.

1

2 

 3

 4

5

6

7

8

9

pssttt : happy birthday to my dearie minah kenit..may Allah bless you always..

Hundreds of stars in the pretty sky,
Hundreds of shells on the shore together,
Hundreds of birds that go singing by,
Hundreds of swans in the sunny weather.
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But nothing can compare our sweet daughter..

I wish you fine and simple pleasures,
I wish you many years of laughter,
I wish you all of life’s best treasures,
I wish you happily ever after..

Happy Birthday Dear!

posted under celebration | 2 Comments »

SAMPAI SYURGA..

November19

Salam semua. Cepat sungguh masa berlalu, tak sangka coretan untuk kali ini melengkapkan entri aku yang kesepuluh. ‘Sampai Syurga’.. Amboihhh tajuk.. Jiwang gileerrr.. Hiks hiks hiks.. Mesti korang tengah terngiang-terngiang lagu Faizal Tahir kan ?? So, apa lagi mari kita nyanyi ramai-ramai.  

sampai syurga kumenunggu
sampai syurga ku cinta mu
hanya satu
hanya kamu..

ku membiarkan hatiku tuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku tuk tatapan kamu
bersamamu harapanku
hilang dalam terang yang membutakanku..

dan segala yang ku ada
ku berikan semua tuk dirimu saja
kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
biar sampai syurga aku menunggu cinta darimu
agar ku sempurna..

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minuman, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia dan semestinya setiap insan berhak untuk menikmatinya.

Cinta?? Pelbagai persepsi yang boleh diungkapkan disini. Tapi bagi aku cinta adalah sebuah keajaiban. Ianya terdetik pada hati setiap insan. Semua orang berpeluang untuk merasakannya. 2hb Disember 2009 genaplah usia perkahwinan aku untuk tahun ketiga. Dengan kehadiran seorang puteri, segalanya sempurna dan amat membahagiakan. Tetapi lumrah sebuah perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit, ianya asam garam yang membuatkan aku lebih mengenali sang kekasih.

Perkenalan kami tidak disengajakan. Internet menjanjikan segalanya. Lucu kalau nak bercerita tentang detik terindah itu. Tapi hakikat yang senantiasa tidak terjangka, jodoh pertemuan di tanganNya. Selama tiga tahun kami bertentang mata semasa masing-masing memenuhi tuntutan mencari ilmu, tapi tak sekelumit ayat pun keluar untuk menegur antara satu sama lain. Sang kekasih seorang yang agak pendiam sedangkan aku sibuk memikirkan perkara yang lebih penting. Masa berlalu, dan terus laju meninggalkan kami. Masing-masing terpisah untuk mencari erti sebuah kehidupan.

Pahit manis, jerih getir mendewasakan kami. Masing-masing mempunyai masa lalu yang tidak perlu dikenang. Mungkin kami memang diciptakan untuk bersama. Setelah sekian lama, sebuah pertemuan tak diduga. Tak terdetik untuk aku menjadi pemaisuri di hati sang kekasih. Tapi lumrah insan perlukan teman, bisikan hati jadi penentu. Sebagaimana hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri adam yang dekat dengan hatinya untuk disayangi. Sesingkat perkenalan begitu jua persediaan kami menempuh alam rumahtangga, dan ianya kekal hingga ke saat ini. Begitulah cerita cinta aku yang penuh keajaiban.

Sebagaimana firman Allah swt bersabda,

“Dan kahwinlah orang bujang(lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”

(Surah an-Nur ayat 32)

Dan hadis rasullulah meriwayatkan,

“Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatku”

(Riwayat Bukhari Muslim)

Kami akan terus melayari alam rumahtangga ini dengan penuh keikhlasan. Memohon agar senantiasa dirahmati dan keredhaan menghiasi perjalanan bahtera ini. Semoga cinta dan kasih kami akan dipayungi barakah dariNya. Kejayaan hari ini bukan sebuah destinasi, tapi perjalanan yang masih panjang untuk ditempuhi. Semoga lafaz perjanjian kami yang bernama perkahwinan akan bertitik nokhtah hingga ke SYURGA. Amin..

 ‘We don’t live in this world to find the perfect person to love, but to learn & to love an imperfect person in a perfect way’

1[1]

2

3

4

5

6

pssttt : this entry tribute to minah kenit’s daddy..love you dear!!!

When I met you,
I had no idea how much my life was about to be changed..
but then,
how could I have known?
A love like ours happens once in a lifetime..
You were a miracle to me,
the one who was everything I had ever dreamed of,
the one I thought existed only in my imagination..
And when you came into my life,
I realized that what I had always thought was happiness couldn’t compare to the joy loving you brought me..
You are a part of everything I think and do and feel,
and with you by my side,
I believe that anything is possible..
Thank you for the miracle of you..
You are,
and always will be the love of my life..

posted under love | 6 Comments »

BAHASA JIWA BANGSA..

November18

Salam semua. Selamat sejahtera, Hello, Vannakam, Tongxuemen hao. Semua itu adalah diantara bahasa sering kita dengar di Malaysia. So, kali ni aku nak share pasal topik ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Bahasa ?? Apa yang korang boleh rumuskan di sini. Kenapa setiap kali bahasa akan dikaitkan dengan bangsa. Kalau ikut rumusan aku sendiri, bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa dan ia juga melambangkan budaya sesebuah bangsa tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah bangsa untuk mendaulatkan bahasa bangsanya. Andai bangsa itu sendiri mengabaikannya, siapa lagi yang akan membela nasib dan memperjuangkan kedaulatan bahasa bangsa tersebut. Tapi, itu bukan bermakna kita perlu mengabaikan bahasa bangsa lain.

Di dunia ini terdapat pelbagai bahasa yang boleh dipelajari malahan ada yang menjadi medium perantaraan antarabangsa. Kita disarankan mempelajari bahasa lain agar proses komunikasi dapat berjalan lancar tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan kedaulatan dan keagungan bangsa sendiri. Dari perspektif agama, Islam itu sendiri menyuruh umatnya untuk mempelajari pelbagai bahasa dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang merupakan pemangkin kemajuan dan keharmonian sesebuah bangsa.

Aku sendiri dilahirkan dalam sebuah keluarga yang melibatkan pelbagai bahasa. Kalau disebelah ayah, mereka mengamalkan bahasa malayalam dan tamil. Manakala disebelah ibu, terkenal dengan loghat kelantan yang pekat. Sebenarnya, aku terasa amat menyesal kerana tidak mempelajari bahasa ibunda disebelah ayah.  Kalau nak belajar sekarang, mesti dah terbelit-belit lidah nak menyebutnya. Satu kerugian yang amat besar untuk aku, kerana tuntutan zaman sekarang memerlukan seseorang itu sekurang-kurangnya menguasai lebih daripada dua bahasa. Kesimpulannya, walaupun ibu atau bapa dapat menguasai bahasa lain belum tentu ianya dapat diturunkan kepada anak mereka.

Memang tak dinafikan, bahawasanya di luar sana ada pelbagai pendapat amatur dan pakar tentang pro serta kontra bercakap dengan anak-anak di dalam lebih satu bahasa, terutamanya apabila ia membabitkan ibu dan bapa yang berlainan bangsa dan bahasa ibunda. Akan tetapi, aku merasakan bahawa kaedah OPOL (One Person One Language) adalah lebih baik kerana ia mampu mencegah anak-anak daripada terkeliru. Aku sendiri mendidik anak menggunakan bahasa ibunda atau bahasa melayu, cuma kami suami isteri akan mendedahkan sedikit sebanyak bahasa inggeris sebagai pembelajaran awal untuk dia. Ada  tips mengatakan bahawa, ajarlah anak kita dengan bahasa inggeris, kerana dengan keadaan sekeliling mereka bahasa melayu akan dapat dikuasai tanpa perlu dipelajari. Tetapi biarlah bahasa itu dikuasai melalui pembelajaran yang sistematik dan bukannya melalui campur aduk bahasa yang akan mengelirukan mereka. Apa-apa pun ia bergantung pada pendapat dan cara masing-masing, kerana apa yang aku tahu semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi pendapat aku, jika kita ingin anak kita mempelajari bahasa lain, biarlah ia berlaku sebagai suatu proses yang menyeronokkan dan semulajadi. Jangan keterlaluan dalam menekan dan senantiasa mahu membetulkan kesilapan mereka kerana tekanan itu akan memperlahankan perkembangan bahasa mereka secara keseluruhan. Daripada survey yang telah dibuat, mereka yang didesak pada usia kecil untuk menguasai bahasa yang bukan bahasa ibundanya, ramai yang mengalami kelewatan bercakap, tidak fasih dan tidak lancar dalam mengungkapkan ekspresi dirinya berbanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Kalau sampai ke tahap itu, ia dah mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding dengan kebaikan.

Antara perkara yang sering digunakan oleh ibubapa bagi memudahkan pembelajaran menguasai bahasa lain untuk anak mereka ialah dengan bantuan media. Pada zaman berteknologi moden sekarang pelbagai jenis media telah didedahkan kepada kanak-kanak seawal umur setahun. Antaranya ialah pendedahan melalui internet. Cuma kita perlu taip dan tekan enter, maka keluar pelbagai senarai untuk kita pilih. Macam-macam adaaaa.. Rancangan televisyen dan filem juga merupakan antara media yang digunakan oleh ibubapa. Tapi, yang paling utama ialah pendedahan melalui buku dan flash card. Ini merupakan cara klasik, mudah, murah dan yang paling digemari oleh ibubapa.

Sesungguhnya, berusahalah untuk menghasilkan anak-anak yang boleh bertutur bahasa ibundanya dengan baik dan jadikan ia sebagai keutamaan dalam pendidikan anak-anak. Biarkan mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri.Bercakap dengan anak, bercakaplah dengan pertuturan yang mendewasakan si anak dan bukannya dengan pelat-pelat yang ‘comel’ tetapi merosakkan bahasanya. Biarlah bahasa kedua yang mereka pelajari untuk meluaskan horizon kehidupannya disemaikan melalui pembelajaran bahasa, dan bukan kelas memasak yang mencampur adukkan segalanya dalam satu periuk yang terbatas. Apa-apa pun aku bukan seorang ahli bahasa, cuma seorang ibu yang mencari kehidupan terbaik buat anakku. Semoga coretan kali ini dapat dikongsi oleh semua pembaca, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk itu jadikanlah sempadan.

1

2

3

1

2

4

pssttt : antara character favourite minah kenit in her learning process for second language..

Watch your thoughts, for they become words..
Watch your words, for they become actions..
Watch your actions, for they become habits..
Watch your habits, for they become character..
Watch your character, for it becomes your destiny..

Destiny is no matter of chance,
it is a matter of choice..
It is not a thing to be waited for,
but it is a thing to be achieved..

posted under patriotik | 2 Comments »

MERAHNYA DARAH..

November5

Salam semua. Diam tak diam ini merupakan entri yang kelapan aku dalam persaingan yang sihat untuk bengkel penulisan blog anjuran Jabatan IT-HCME. Terasa bersemangat pula untuk terus mencoret bila ramai yang menghargai nukilan rasa aku ni. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua tak kira dimana saja anda berada.ceeewaahhh.. Untuk kali ni aku nak berceloteh pula tentang ‘merahnya mak ngah’.Eehhh, silap pulak..‘Merahnya Darah’. Ahaks..

Sebenarnya idea ini tercetus apabila Administration Department di tempat aku akan mengadakan ‘Kempen Menderma Darah’ sebagai salah satu aktiviti KM mereka. Disebabkan kerana kami ni satu floor, maka organizer awal-awal dah mula bercerita dan mengajak aku untuk menyertai kempen ini. Terasa berminat juga nak menyertai kempen ni. Maklumlah sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah ialah menderma darah. Secara tidak langsung juga aku dapat memberi sebuah sumbangan yang berharga pada mereka yang memerlukan.

Sesungguhnya Allah S.W.T ada menegaskan di dalam Al-Qur’an ketika menjelaskan tentang nilai nyawa seorang manusia. FirmanNya bermaksud  ‘Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya’ ( Al-Maidah : 32). Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta. Apabila bercerita tentang bersedekah harta, ianya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama kita dan seterusnya kita dijanjikan 700 kali ganda pahala dengan nilai sedekah tersebut. Justeru itu, kalau nak dibandingkan dengan menderma darah maka kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah pahalanya lebih berlipat gandalah kerana ia akan memberi sebuah harapan dalam kehidupan seseorang.

Sekarang ni mari kita bercerita pula tentang jenis-jenis darah manusia. Darah manusia berbeza melalui jenis kabohidrat dan protein yang ada pada permukaan membran sel darah merah. Di dunia ini sebenarnya ada 46 jenis antigen darah tetapi dua jenis yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus. Uissyhh, rasa macam doktor pulak.. Hiks hiks hiks.. Golongan darah manusia pula ditentukan berdasarkan jenis antigen dan antibodi yang terkandung dalam darah.

  •  Individu dengan golongan darah A memiliki sel darah merah dengan antigen A di permukaan membran selnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen B dalam serum darahnya. Orang dengan golongan darah A negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah A negatif atau O negatif.
  • Individu dengan golongan darah B memiliki antigen B pada permukaan sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen A dalam serum darahnya. Orang dengan golongan darah B negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah B negatif atau O negatif
  • Individu dengan golongan darah AB memiliki sel darah merah dengan antigen A dan B serta tidak menghasilkan antibodi terhadap antigen A ataupun B. Orang dengan golongan darah AB positif dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut penerima universal. Namun, orang dengan golongan darah AB positif tidak dapat memberikan darah mereka kecuali pada sesama AB positif sahaja.
  • Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi menghasilkan antibodi terhadap antigen A dan B. Orang dengan golongan darah O negatif dapat mendermakan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO ataupun dikenali sebagai perderma universal. Tapi orang dengan golongan darah O negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O negatif sahaja.

Jadual penyesuaian darah pada penerima

Golongan darah

Darah yang boleh diterima

AB +

Semua jenis darah

AB –

O -

A -

B -

AB -

A +

O -

O +

A -

A +

A –

O -

A -

 

 

B +

O -

O +

B -

B +

B -

O -

B -

 

 

O +

O -

O +

 

 

O -

O -

 

 

 

 Jadual perwarisan darah kepada anak

Ibu / Ayah

O

A

B

AB

O

O

O , A

O , B

A , B

A

O , A

O , A

O , A , B , AB

A , B , AB

B

O , B

O , A , B , AB

O , B

A , B , AB

AB

A , B

A , B , AB

A , B , AB

A , B, AB

So, korang dah bersedia untuk menderma darah ?? Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan ramai orang susah untuk menderma darah. Pelbagai alasan yang diberikan. Kalau nak bercerita tentang kempen kerajaan, memang banyak yang telah didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Itu belum dikira dengan iklan-iklan yang menceritakan kepentingan menderma darah. Faktor yang paling utama ialah takut. Takut ini terbit bila mereka kurang maklumat atau pendedahan tentang kepentingan menderma darah. Rata-rata orang akan fobia apabila tubuh badan mereka diusik untuk tujuan perubatan. Huhuhu..takut kene cucuk dengan jarum la tu..

Kesimpulannya, dermalah darah anda. Hari ini orang lain memerlukannya, mungkin esok lusa giliran kita pula menagih simpati. Ingat ‘Buat baik dibalas baik’ ‘What you give, you’ll get back’. Semoga entri kali ini menambahkan lagi keyakinan pembaca semua untuk tampil bagi menderma darah. Jadilah manusia yang paling bermanfaat semasa hidup, dan menyiapkan bekal untuk kehidupan selepas mati. Tambahkan amal kebajikan, dengan berpandukan niat yang betul banyak ganjaran sudah tersedia di SANA untuk kita. Selamat Menderma Darah.

 tangan

1

2

3

5

4

pssttt : minah kenit yang hampir-hampir ‘exchange blood’ kerana joundis yang tinggi seawal kelahirannya..dan kalau korang dapat lihat tanda lahir minah kenit yang ada ditangannya yang dipanggil tanda ‘darah terlebih’..


Life is Beauty, Appreciates it..
Life is Dream, Realize it..
Life is a Challenge, Meet it..
Life is a Duty, Complete it..
Life is a Game, Play it..
Life is a Sorrow, Fell it..
Life is a Struggle, Accept it..
Life is an Adventure, Risk it..
Life is Luck, Value it..
Life is a Puzzle, Solve it..
Life is an Opportunity, Take it..
Life is a Mission, Fulfill it..

LIFE IS LIFE, LIVE IT..

posted under amalan | 5 Comments »

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN..

November3

Salam semua. Untuk kali ini aku nak kongsi pasal ‘Indahnya Ciptaan Tuhan’. Pernah tak masa korang tengah berjalan-jalan atau pergi bercuti, tiba-tiba terlihat sesuatu yang teramat indah dan tak tergambar oleh perkataan. Tak kira apa pun yang korang semua nampak asalkan ianya ciptaan tuhan. Mesti pernah kan. Tapi yang terpenting sekali di sini ada tak kita menghargai apa yang kita nampak itu. Rata-rata kita cuma akan terkagum untuk seketika dan kemudian lupa tentang kewujudan ‘sesuatu’ itu.

Sebenarnya terpanggil aku untuk mencoret entri kali ini, bila aku lihat manusia sekarang dah kurang menghargai alam sekitar. Usah kita fikir atau pandang pada orang lain, cuba renung diri sendiri dulu apa yang pernah kita buat untuk menjaga alam sekitar. Perkara yang paling rutin sekali ialah jangan buang sampah merata-rata. Kemudian diikuti dengan pemuliharaan hidupan semulajadi dan seterusnya kitar semula barangan agar dapat mengurangkan penggunaan punca alam semulajadi. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita buat untuk menjaga ciptaan tuhan ni, cuma untuk kali ini kita terhadkan dengan beberapa perkara sahaja.

Pernah tak korang semua melihat situasi dimana orang membuang sampah melalui kenderaan ?? Ker korang pun buat benda macam ni ?? Kalau difikirkan balik, dimana letaknya ‘civic minded’ manusia tersebut. Bukan setakat mengotorkan jalanraya tapi yang paling bahaya apabila perbuatan mereka turut menganggu pemandu lain. Kadang-kadang terfikir bahawa ‘mentality’ masyarakat kita belum dapat mencapai satu tahap ‘perfectionism’ terhadap kebersihan yang boleh didapati di negara-negara Eropah iaitu negara yang paling tinggi taraf hidup seperti Sweden, Norway, Finland, Switzerland, Jerman, Ireland dan beberapa negara lain. Masyarakat di negara tersebut memang mempunyai tahap alam sekitar kelas pertama. Kenapa kita tidak terpanggil untuk mencontohi sesuatu yang baik seperti ini ??

Kita semua sedar bahawa dalam Islam kebersihan amatlah dititikberatkan. Pada aku, penjagaan kebersihan adalah soal iman dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi ini. Contoh yang paling senang untuk aku tafsirkan disini ialah air. Allah menjadikan air sebagai sumber untuk kehidupan manusia. Maka kita yang memerlukan dan meggunakan air untuk meneruskan kehidupan seharian seharusnya menggalas amanah yang telah diberikan kepada kita dengan sebaik yang mungkin. Elakkan dari membuat pembaziran. Islam menegaskan bahawa menjaga kebersihan adalah untuk :

  • Allah dan Rasul-NYA
  • Menghargai diri sendiri
  • Menghargai sesama umat

Setuju atau tidak kalau aku katakan bahawa kebersihan itu hendaklah dipupuk dari kecil lagi. Ianya sesuatu yang kita pelajari daripada kehidupan seharian. Means, ibubapa hendaklah menunjukkan contoh yang baik dalam bab menjaga kebersihan kepada anak mereka. Sikap untuk menjaga kebersihan seterusnya memelihara alam semulajadi hendaklah disemai sejak kecil lagi. Lagipun ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Aku pernah terbaca satu artikel yang menyelitkan kata-kata Rasullulah ‘serendah-rendah iman adalah orang yang membuang sampah di jalanan’. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.

Mari kita cerita pula tentang pemuliharaan hidupan semulajadi. Rata-rata orang akan mengatakan bahawa itu adalah tanggungjawab bersama. Ada juga yang merasakan bahawa mereka tidak ada kuasa untuk mengelakkan pekara ini daripada berlaku. Kalau diikutkan memang kerajaan merupakan pemankin utama untuk memulihara hidupan semulajadi. Kita sebagai rakyat hanya mampu untuk melihat dan menyuarakan pendapat berhubung dengan perkara ini. Tapi sebenarnya kita lupa bahawa dalam pemuliharaan hidupan semulajadi tak perlu untuk kita pandang perkara itu dalam konteks yang besar sahaja, bercucuk tanam dirumah pun dah dikira sebagai salah satu usaha dalam membantu merealisasikan perkara tersebut.

Beralih pula tentang isu kitar semula. Isu ini merupakan salah satu kempen yang amat dititikberatkan oleh kerajaan. Teringat aku tentang sebuah iklan kitar semula yang menunjukan suasana hidupan dimasa depan yang dikelilingi dengan sampah sarap. Sehingga ke tahap itu pihak yang bertanggungjawab cuba untuk menyedarkan kepada seluruh warga rakyat bahawa pentingnya kitar semula. Selain daripada itu, pondok kitar semula juga disediakan disekitar kawasan perumahan supaya dapat memberikan kemudahan kepada rakyat. Ingat ‘REDUCE-REUSE-RECYLE’.

Kalau korang semua perasan, di pusat membeli belah juga sedang hangat mempromosikan kempen kitar semula. Kita sedang berusaha untuk menuju ke arah negara maju yang lain dimana mereka menggunakan kertas untuk mengisi barang jualan supaya ianya lebih mudah dikitar semula. Ini merupakan suatu usaha murni yang perlu kita beri keutamaan. Kalau korang semua nak tahu tentang kitar semula bolehlah buka website http://www.kpkt.gov.my/kitarsemula. Banyak informasi yang bermanfaat tentang kitar semula yang dapat kita ketahui daripada website ini.

Kesimpulannya, sebagai sebuah negara Islam amnya dan umat Islam khasnya kebersihan itu mencerminkan keperibadian kita. Keperihatinan untuk menjaga alam semulajadi merupakan amanah yang telah diberikan untuk semua. Janganlah kita merampas hak generasi akan datang kerana masa depan mereka terletak ditangan kita. Manfaatkanlah langit yang menjadi bumbung dan bumi yang menjadi lantai kehidupan.

9[3]

pokok[1]

pepatung[1]

semut[1]

25[1]

12[3]

4[2]

36[2]

18[1]

pssttt : minah kenit adalah ciptaan tuhan yang terindah untuk aku..

If you listen for the song birds,
As they greet the summer sun,
And love the way the wind can make,
The trees sings just for fun;

If you like to hear the ocean,
As it drums upon the shore,
And imagine all the whales out there,
And hope they’ll sing some more;

If you think of all the animals,
As players in a band,
Each with a lovely tune to play,
All needed on the land;

If you honor every living thing,
As a part of nature’s treasure,
You’re in tune with Mother Nature,
So let’s all sing their song together..

INFLUENZA A – H1N1..

October23

Salam semua. Agak lama juga blog aku ni bersawang. Almaklumlah banyak lagi tuntutan lain yang nak kene dibereskan. Untuk entri kali ni aku nak share pasal Influenza A (H1N1). Apa itu H1N1, H adalah untuk Hemagglutinin Protein dan N untuk Neuraminidase protein. Sekarang ni kita semua dikejutkan dengan virus H1N1 yang menular di serata dunia. Tidur pun tak lena dek kerana memikirkan pasal virus ni. Bukan apa, tersilap langkah boleh membawa padah. Kalau benda yang melibatkan nyawa sesiapa pun akan rasa terancam.

1

Hebat juga penangan binatang ‘haram’ ni kan. Bukan setakat glamour dengan dagingnya tapi sekarang ni dah naik takhta dengan wabak yang disebabkan olehnya pula. Jeng jeng jeng.. Carta teratas bagi binatang yang sering di sebut-sebut, diungguli oleh BABI. Oppsss.. bukan mencarut tau. Errr.. Kita tukar jadi selsema KHINZIR. Alaaa.. tak sedap nak panggil laaa.. babi lagi sedap nak sebut kan..kan..kan..hehehe..Selsema babi atau sainstifiknya Swine Flu. Mungkin singa dan harimau perlu mengaum saja untuk menakutkan manusia, tapi babi hanya sekadar bersin saja untuk membuatkan kita semua terus menderita.

Kalau ikut kronologi untuk H1N1 ni, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mula mengumumkan kemunculannya pada penghujung April 2009. Sebelum itu, virus yang berasal dari babi ini tidak pernah berjangkit daripada manusia kepada manusia. Ia juga tidak ada kaitan dengan virus bermusim yang sering melanda dunia sebelum ini. Ini telah menjadikan virus H1N1 merupakan satu virus yang sama sekali baru pada manusia.

Kalau korang perasan gejala seperti influenza seperti sakit tekak, batuk, hidung berair, demam, pening kepala, sakit sendi atau otot adalah merupakan jangkitan biasa yang terjadi pada sistem imunisasi kita. So, susah juga untuk kita membezakan samaada kita telah mendapat jangkitan H1N1 atau cuma sakit biasa. Tapi, kalau nak tau selsema babi atau tak, apabila anda mengalami simptom awal seperti di atas, terus rujuk pada doktor. Hanya ujian makmal saja dapat menentukan virus tersebut.

Dalam sejarah wabak influenza, dunia pernah diancam wabak ‘Flu Sepanyol’ (H1N1) pada tahun 1918 yang membunuh lebih 20 juta orang di seluruh dunia. Pergghh..ramainya yang mati. Kemudian ‘Flu Asia’ (H2N2) pada tahun 1957 yang mengakibatkan kematian seramai 2 juta orang. Diikuti pula dengan ‘Flu Hongkong’ (H3N2) pada tahun 1968 dan ‘Flu Rusia’ pada tahun 1977. Kalau mengikut kiraan ramai rakyat dunia dah terkorban dengan wabak-wabak yang tak terduga oleh kita. Eh, terlupa pulak nak senaraikan satu lagi wabak yang tak pernah hilang dalam masyarakat kita iaitu ‘Flu Cuak’ (B1N1). Hiks hiks hiks..

Setakat Ogos 2009, jumlah terkumpul kes yang disahkan dunia mencecah 177,457 dengan angka kematian seramai 2,185. Virus ini merebak dengan sangat cepat. Kebanyakkan mereka yang mudah dijangkiti ialah golongan kanak-kanak, golongan yang berpenyakit kronik, obesiti dan mereka yang sudah berumur. Mereka semua ni mempunyai sistem imunisasi yang agak lemah, sebab itulah senang dijangkiti. Kalau ikut statistik di Malaysia, setakat 18 Oktober 2009 jumlah kematian yang dicatatkan adalah 77 orang.

Pada 3 Sept. 2009, Negara China telah meluluskan vaksin untuk wabak H1N1 yang dikeluarkan oleh Sinovac iaitu syarikat di negara itu sendiri. Keputusan itu mampu untuk memberi kejutan pada dunia yang tengah bergelut untuk menangani wabak ini. Selain itu, ada ubat anti-viral iaitu Tamiflu dan Ralenza untuk mencegah gejala ini menjadi lebih teruk. Tapi ada juga diantara mereka yang dapat sembuh semulajadi tanpa perlu bantuan ubat-ubatan.

Setakat ni, kerajaan kita banyak mengajar cara-cara pencegahan untuk wabak ini. Antaranya, menggunakan perlindung mulut, memberi panduan tentang etika apabila diserang batuk dan etika mencuci tangan dengan betul. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Betul tak ?? Untuk entri ini aku nak bagi tips pada parents mengenai tanda amaran kecemasan yang perlu diawasi pada anak mereka selain dari gejala yang aku dah senaraikan diatas :

  • Apabila anak mengalami kesukaran bernafas
  • Warna kulit dan bibirnya bertukar kebiruan
  • Apabila diserang sawan
  • Apabila anak tidak responsive, susah untuk bangun atau tidak dapat bergerak
  • Dehidrasi (Apabila anak tidak kencing selama 12 jam)

Jadi pada bloggers yang mempunyai anak, sila beri sedikit perhatian pada senarai perkara-perkara diatas. Berilah perlindungan yang terbaik untuk anak anda. Early childhood care and development helps children grow and foundation to their good health. Ingat, bukan setakat anak je yang perlu kita lindungi bapaknya juga kita kena jaga.. Hiks hiks hiks..Pendek kata, seisi keluarga kena saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya virus ini.

 6[4]

 9[1][1]

 pssttt : minah kenit with her ‘yayah’.. the most precious person in my life..

2

Realize things before it’s too late,
Accept everything rather than deny it,
Appreciate your loved ones while they are still here,
Happiness will always be your greater treasure..

Life comes just once,
Love it while live it..

posted under kesihatan | 6 Comments »

PARENTING..

October14

Salam semua. Kali ni aku nak share pasal tajuk ‘PARENTING’. Kalau tengok pada tajuk itu sendiri  terlalu luas dan mendalam maksudnya dan ia juga terlalu global untuk aku terangkan dari semua sudut. So, untuk kali ini aku cuma nak share tentang cara 3 golongan ibu bapa mengendalikan anak mereka ketika kurang sihat. Sebenarnya aku ada terbaca tentang luahan seorang doktor. Jadi apa salahnya benda ni kita kongsi bersama. Lagipun hcm kan mengamalkan budaya k-sharing with others. Nanti bolehlah bloggers kat luar sana nilaikan yang anda semua berada pada golongan yang mana.

Golongan yang pertama ialah golongan ibu bapa yang terlalu risau atau anxious. Sebenarnya semua ibu bapa patut merasa risau sekiranya anak mereka tidak sihat. Tetapi ada golongan ibu bapa yang over anxious atau terlalu risau. Kenapa aku katakan terlalu risau ?? Kita semua sedia maklum yang semua bayi atau kanak-kanak sering dilanda kurang sihat. Tapi itu tak bermakna perkara ini berlanjutan sehingga perlu dirujuk ke pakar kanak-kanak.

Masalah utama doktor ini ialah apabila ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka cuma menghadapi jangkitan virus biasa yang mungkin akan hilang dalam masa 7 hari. Untuk pengetahuan anda semua hampir 80-90% jangkitan di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan virus dan akan hilang di dalam masa 7 hari. Ibu bapa pula akan bersungguh-sungguh memohon untuk dirujuk ke pakar kanak-kanak. Sebenarnya jika mereka layak, pekara ini tak akan mendatangkan masalah tapi jika sebaliknya ini akan membuat doktor itu sendiri didalam dilema. Biasalah, untuk menjaga hati orang lain bukannya senang, apatah lagi mereka yang cerewet dan terdiri daripada golongan atasan. Huhuhu..bila banyak duit macam-macam boleh jadi..

Golongan yang kedua ialah ibu bapa yang terlalu rileks. Perghh… anak dah bernafas macam “ikan atas darat”.. boleh lagi negotiate untuk tidak hantar ke hospital. Bila doktor dah siap tulis surat rujukan ke hospital pun, mereka seperti berat hati dan tidak mahu ke sana. Mungkin ibu bapa dah terbiasa dengan situasi begini. Almaklumlah sebulan sekali anak diserang sakit yang sama. Mungkin juga ibu bapa dah berpengalaman merawat anak seperti ini.

Golongan begini yang buat doktor pula tak senang duduk dan rasa gemuruh lebih daripada ibu bapa itu sendiri. Apa yang ditakutkan ialah, mungkin adakalanya anak tersebut mengidap demam tinggi. Sekiranya ibu bapa menganggap ia demam biasa dan tidak dibawa ke hospital boleh jadi ia adalah penyakit yang serius seperti jangkitan paru-paru, meningitis atau denggi. Ramai orang kampung dahulu kala yang kehilangan anak akibat demam tinggi. Anak mereka cuma akan dibawa ke hospital setelah terlalu sakit dan selalunya sudah terlambat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah, anak dah melentok baru menyesal tak sudah.

Golongan ketiga pula adalah mereka yang sederhana. Tidak terlalu anxious dan tidak juga terlalu rileks. Dia bersedia mendengar pandangan doktor. Golongan ini membuatkan doktor lebih gembira untuk bekerjasama dengan mereka. Malah, adakalanya doktor akan lebih mengambil berat dan bertanya perkhabaran anak mereka jika dimasukkan ke hospital. Golongan ini adalah yang paling disukai oleh para doktor. So, korang semua tergolong dalam kategori yang mana ?? Satu, dua atau tiga ??

Ada lagi satu perkara yang aku rasa patut kongsi dengan pembaca semua. Ini mengenai ubat antibiotik. Ada sesetengah ibu bapa yang mengharapkan doktor memberi ubat antibiotik kepada anak mereka. “Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam, selsema atau batuk.

Sebenarnya mengikut apa yang aku faham tentang keterangan daripada seorang doktor, antibiotik bukanlah ubat demam, selsema atau ubat batuk. Ia adalah ubat untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan demam, selsema, batuk dan sakit badan. 80% selsema dan batuk adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria sahaja. Selalunya vitamin tambahan dapat membantu, ditambah pula dengan minum air suam yang banyak dan makan buah-buahan yang mendatangkan zat di dalam badan. Pada kebiasaannya, jika sentiasa mengamalkan perkara tersebut selepas seminggu insyaallah semuanya akan hilang. Tetapi sekiranya selepas seminggu tetap juga tidak berubah maka antibiotik akan diperlukan ketika ini, dan ianya perlu dihabiskan.

Kesimpulannya, kadangkala luangkan sedikit masa untuk berfikir tentang anak kita sendiri. Jangan sampai terlalu asyik berkerja sehingga tidak sedar bahawa ada yang sedang sakit di rumah. Terpanggil aku untuk mengingatkan semua bloggers tentang iklan demam denggi. Seorang bapa yang menyesal sebab terlewat menghantar anaknya ke hospital kerana mengganggap ianya cuma demam biasa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Ingat!! Jangan sesekali persiakan pemberiaan terindah dalam hidup kita. Ibarat bait-bait lirik ‘Terlalu Istimewa’ nyanyian Adibah Noor..

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu..

1

2

3

4

5

pssttt : saat-saat getir minah kenit seawal dia melihat dunia.. sob..sob..

Never take your child for granted..
Hold them close to your heart..
Because you might wake up one day,
and realize that you have lost a diamond..
While you were too busy collecting stones..

There was no way to be a perfect parent,
and a million ways to be a good one..
Seize the day and never have regrets..
Because they more than anything in this world..

posted under parenting | 8 Comments »

SEBUAH IKATAN..

October8

Salam semua. Bila korang baca title diatas, apa yang tergambar dalam kotak fikiran memasing?? Sebenarnya banyak yang tersirat dan tersurat nak aku sampaikan di sini.Ewah, bukan main lagi ayat aku untuk entry kali ni. SEBUAH IKATAN. Banyak yang boleh kita huraikan disini. Antaranya, ikatan antara ibu dan anak, suami isteri, adik beradik, saudara mara dan banyak lagi sehinggakan ada juga ikatan yang tak terungkap oleh kata-kata.

Ada sesetengah manusia amatlah mementingkan ikatan kekeluargaan manakala ada juga yang rasakan ikatan antara kawan melebihi segalanya. Kalau anda sendiri bagaimana ?? Kalau tanya aku, ikatan kekeluargaan perlu diutamakan berbanding yang lain.  Nilai kemanusiaan yang murni dan kekuatan ikatan kekeluargaan adalah makanan jiwa yang penting untuk seseorang yang bergelar insan. 

Kalau kita perasan di Malaysia ni ada berbagai-bagai pertubuhan yang tersedia untuk memupuk ikatan kekeluargaan. Diantaranya ialah ‘Pertubuhan Memupuk Asas Ikatan Keluarga’ untuk negeri Kuala Lumpur dan Selangor.  Ia ditubuhkan untuk memberi keseimbangan antara produktiviti kerja dan kesejahteraan keluarga seterusnya membantu mereka mengimbangi kehidupan seharian. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) banyak membantu dalam merealisasikan objektif pertubuhan ini. Sampai tahap tu kerajaan cuba membantu kita dalam perkara ini. Tapi kadar penceraian tetap juga tinggi kan ?? Apa nak kata masing-masing ada alasan tersendiri.

Sebenarnya kalau kita nak kaji masyarakat kita, seribu satu cerita akan keluar pasal masalah untuk mengekalkan ikatan kekeluargaan. Orang kata kalau nak menjalin sebuah ikatan tu senang je, tapi yang susah bila nak kekalkannya. Faktor dalaman dan luaran masing-masing menyumbang ke arah terlerainya sebuah ikatan. Disini aku nak cuba share few things yang boleh kita buat bersama-sama insan tersayang supaya ikatan tu terus tersemat kukuh. Perkara ini tidak terhad untuk hubungan suami isteri sahaja tau!!

  • Keluar beriadah bersama
  • Mengingati tarikh-tarikh penting orang tersayang
  • Meraikan kegembiraan dan menghadapi kesedihan bersama
  • Sentiasa mendahulukan anggota keluarga yang lebih tua
  • Sentiasa ambil berat terhadap sesama keluarga
  • Berkongsi hobi bersama
  • Makan bersama
  • Saling bantu-membantu dalam semua perkara
  • Bercuti bersama

Kalau ikut daripada semua diatas, ada tak yang melibatkan diri anda sendiri ?? Kadang-kadang apabila kita sibuk untuk memenuhi tuntutan kerja, kita senantiasa lupa untuk memenuhi beberapa tuntutan lain. Yang paling menyedihkan bila tanpa kita sedari kita terpaksa melukakan hati insan tersayang. Kadang-kadang tu raya pun tak sempat nak jengah ibu bapa dikampung. Kena selalu beringat bahawa kita bukan selalu akan berada diatas dan buat baik dibalas baik. Anda semua ingat tak iklan raya mengenai seorang bapa yang kurang deria pendengaran dan terpaksa diasingkan tempat makan oleh anaknya sendiri kerana sering menimbulkan masalah dan iklan tentang burung murai yang ditanya berulang kali ?? Keinsafan anaknya timbul bila tersedar yang mungkin esok lusa dia pula akan diperlakukan seperti itu. Betapa anaknya itu lupa pengorbanan seorang bapa yang membesarkannya. 

Islam juga telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan hubungan sesama keluarga. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Wujudkan kerjasama, keharmonian dan kesefahaman antara ahli keluarga. So, secara umumnya dapatlah ditegaskan di sini bahawa institusi keluarga merupakan unit masyarakat yang paling kecil yang menjadi titik tolak ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih besar dan seterusnya membentuk sebuah negara.

Kesimpulannya, bertolak ansurlah dalam semua perkara. Jagalah sebuah ikatan itu agar senantiasa dirahmati olehNYA. Perselisihan pendapat adalah fasa penyesuaian dan ia adalah proses untuk kita lebih mengenali ahli keluarga yang lain. Semoga entry kali ini dapat memberi satu manfaat kepada semua bloggers dalam membentuk keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

sebuah ikatan

sebuah ikatan

3

pssttt : saat-saat terindah bersama minah kenit..

The feels that get right..
The tears that get wiped..
The hug that holds you tight..
The ending fights..
The endless talks..
The beautiful smiles..
The everyday laughs..
The persuade words..
The helpful advices..
For always and forever..
FAMILY WILL COMES TOGETHER..

CRASH BOOM BANG..

October8

Salam semua. Cam gempak jek title kat atas tu. Kali ini aku nak share pasal satu isu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Bila tiba saja musim perayaan isu ini akan lebih diberi keutamaan berbanding isu-isu lain. Mana taknya ia melibatnya nyawa manusia yang tak ternilai harganya. Bukan boleh ditukar ganti pun.

KEMALANGAN JALAN RAYA. Apa yang anda rasa bila dengar perkataan tu disebut. Macam-macam kan?? Kalau mereka yang pernah kehilangan orang tersayang disebabkan kemalangan mesti lagi terpanggil untuk berkongsi rasa bagi entry kali ini. Kalau kita nak cerita seawal 10 tahun yang lalu pasal kemalangan, tak muat mukasurat pulak. So, biarlah aku cerita pasal Ops Sikap Ke-20 yang baru sahaja berakhir sempena Aidilfitri yang lalu.

Kalau mengikut apa yang aku baca di dada akhbar memang Ops Sikap Ke-20 tu tak mencapai sasarannya. Motif utama adalah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tapi sebaliknya yang berlaku. Salah siapa semua ini ?? Saya, awak, mereka atau jalanraya itu sendiri ?? Hah..jawab jgn tak jawab. Kalau mengikut kajian, cuai merupakan faktor utama untuk kemalangan maut di jalanraya. Tapi kalau mengikut pendapat saya pentingkan diri sendiri merupakan faktor utama. Kenapa saya rasa bergitu ?? Itu kerana saya juga pemandu seperti anda. Hiks hiks hiks. Cam dalam iklan pulak.

Disini ada beberapa pandangan tentang pentingkan diri sendiri dan anda semua nilaikan sendiri. Kalau anda sedang memandu, pernahkah anda dipotong dari sebelah kiri ?? Kalau pernah maknanya anda pentingkan diri sendiri. Kalau kita perhatikan, apabila jalan itu ada tiga lorong selalunya pemandu akan memandu perlahan di lorong tengah. Betul tak?? Sedangkan lorong paling kiri telah disediakan untuk mereka. Kenapa pemahaman begini berlaku pada pemandu Malaysia ?? Adakah kerana mereka kurang kesedaran tentang undang-undang jalanraya atau mereka selesa berada disitu ??

Kalau anda semua perasan kemalangan maut banyak berlaku apabila pemandu yang tidak lepas untuk memotong kenderaan lain. Adakah mereka terlalu laju atau kenderaan dihadapan terlalu perlahan ?? Selalunya apa yang anda alami ?? Yang ni kena tanya hati masing-masing. Tapi selalunya yang berlaku mereka tidak cuba untuk memberi sedikit laluan atau signal kepada kereta belakang untuk memotong. Dan, sudahnya berlakulah sesuatu yang tidak diingini apabila kereta itu memecut laju tanpa disedari ada kereta lain dilaluan bertentangan. Tersangatlah pentingkan diri sendiri.

Salah satu faktor lagi ialah memotong barisan. Kadang-kadang aku rasa macam nak keluar ketuk pintu pemandu yang buat muka tak bersalah potong barisan. Apabila pemandu tersebut menutup jalan untuk orang lain, so apa maknanya semua itu ?? Bukankah pentingkan diri sendiri. Bak kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, Ops Sikap bukan sahaja tidak mencapai sasaran tetapi ia menunjukkan sikap sebenar pengguna jalan raya. So, angkut pasir dalam lori, lu pikirlah sendiri.

Kalau mengikut Ops Sikap Ke-20 yang dilancarkan selama dua minggu sempena Hari Raya Aidilfitri, ia menunjukkan sikap sebenar pengguna jalan raya di negara ini hingga menyebabkan angka kemalangan maut sukar diturunkan. Mengikut statistik 6,527 orang mati dalam kemalangan jalan raya tahun lepas di mana 60 peratus daripada mereka adalah penunggang motosikal, 20 peratus penumpang kereta dan pejalan kaki sebanyak 9 peratus. Untuk Ops Sikap tersebut pihak berkuasa telah menyenaraikan 5 kesalahan trafik yang serius iaitu :
- Memecut
- Melanggar lampu isyarat
- Menggunakan laluan kecemasan
- Memotong di garisan berkembar
- Tidak berhenti di simpang
Dan untuk kesalahan berikut saman mandatori akan dikenakan kepada pemandu.

Kesimpulannya, beringatlah bila tiba masanya. Kalau ikut rasa binasa, ikut hati mati. Nyawa kita tak ada galang gantinya. So, have a heart and put yourself in other people’s shoes, how would you feel if you’ll be treated the same way. Apa-apa pun semua ini pendapat aku sendiri. Harap tak menyinggung mana-mana hati.

crash

crash

crash

crash

pssttt : encik polis ada minah kenit bawak kereta racing tak pakai seat-belt ni..hiks hiks hiks..

Use every morning to celebrate another day,
appreciate the dawning, and thank God while you may,
try to value your life in every way
and remember, some people don’t have today..

posted under isu semasa | 8 Comments »
« Older Entries