December
16

Terima kasih sayang…

Posted In: Info umum by azizul5ad

Tanggal 21 November 2009, pada pukul 2.00 petang merupakan ketika yang cukup bermakna buat aku dan isteri. Isteriku memang dah sarat mengandung anak sulung kami, memang dah hari Jumaat, 20 November 2009, aku dan isteri ke UKM Specialist Centre untuk buat follow up check up, time check up tu kami bertanya nasihat doctor samada, boleh atau tidak untuk berjalan jauh ke Penang, kerana kandungan bayi masih lagi tinggi dari lubang rahim, tambahan pula abang ipar aku akan bernikah pada 21 November, keesokan harinya. Doktor tidak menggalakkan untuk berjalan jauh, tapi kalau hendak juga perlu berenti setiap 45 minit. Isteriku gembiralah bila dengar macam tu, dalam pukul 3.30 selesai check up kami bergerak terus ke Penang memandangkan pakaian dan barang bayi pun kami dah masukkan di dalam bonet kereta. Dalam pukul 4 petang aku singgah  ke Restoran jejantas di Sg Buluh untuk makan dan sembahyang Asar, dan pada 4.45 petang kami sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan aku sehingga ke Ipoh kami ditemani dengan hujan dan sepanjang perjalanan itu juga aku dapat saksikan 5 kejadian kemalangan di berlainan tempat. Dalam hatiku, aku mesti berhati-hati kerana aku membawa 3 nyawa yang berharga termasuk anakku yang bakal dilahirkan.

Dalam pukul 9.20 malam, kami pun sampai dirumah ibu mertuaku di Butterworth,gembira betul ibu mertuaku. Isteriku lagi gembira sebab sempat tengok drama “Nur kasih” yang tengah hot sekarang di TV3 setiap hari Jumaat. Sampai je, kami makan dan sesudah itu, aku pun sembahyang Jamak bagi Solat Maghrib dan Isyak.Lebih kurang 11.30 malam, isteriku yang sedang menonton TV menjerit sebab air ketumban dah mengalir keluar.

Ni yang buat aku suspend ni, jadi tak tentu hala. Cepat-cepat kami masuk kereta dan pergi ke hospital yang berdekatan iaitu Bagan Specialist Centre (BGC)rasa nak pecut je cepat-cepat agar sampai cepat. Mak aku ada pesan dah, bahaya jalan jauh-jauh takut bersalin tengah jalan je. Tapi Alhamdulillah lah sebab di pertengahan jalan tak jadi apa-apa masalah. Mungkin disebabkan hentakan semasa di atas jalan yang menyebabkan air ketumban tu pecah.

Sampai je di BGC, isteriku dibawa ke Level 2 untuk pemeriksaan. Sementara isteriku di dalam, aku , mak mertua dan abang ipar ku bersembang memikirkan esok petang merupakan hari nikah abangku. Tapi nampak gayanya, mak mertua aku akan dapat sorang cucu dan sorang menantu lagi pada hari yang sama. Memandangkan Rahim isteriku baru terbuka 1cm pada 2.30 pagi aku meminta ibu dan abangku pulang dahulu kerana majlis akad nikah akan berlangsung petang nanti.

Aku menemani isteriku di wad khas, menurutnya air ketumban asyik mengalir keluar. Dalam pukul 3 pagi, nurse meminta aku untuk tido di Sofa di Level 1 dan biarkan isteriku berehat. Dengan berat hati aku tinggalkan isteriku sambil mencium dahinya dan meminta dia agar kuatkan semangat  dan pada pukul 5.30 pagi aku kembali ke dalam wad yang menempatkan isteriku.

Menurut Doktor, isteriku akan dimasukkan ke dalam Labour Room, disitu aku menemani isteriku. Ku genggam tangannya dan dahinya ku kucup acap kali. Perutnya dan Rahimnya begitu sakit sekali, dan setiap kali itulah aku genggam erat tangannya. Baru lah aku tahu begitu susah dan sukar untuk melahirkan seorang anak itu. Ketika ini juga lah aku meminta isteriku bernafas mengikut kaedah seperti yang diajar semasa kelas Atenatal. Cara penafasan yang betul, iaitu depth breathe semasa sakit sedang terasa, panting breathe masa sakit dan light breathe masa sakit dah reda. Aku buat bersama isteriku untuk memastikan dia juga melakukannya, itu nasihat Ketua Jururwat ketika dikelas dulu. Berguna juga fikir aku kelas tersebut. Dalam pukul 9.00 pagi, rahim isteriku beru terbuka 3 cm, dan dia dah begitu sakit. Kecian aku lihat, terpusing sana sini, apa yang mampu aku berikan adalah cuma kata semangat buatnya agar tabah dan kuat sambil genggam tangan dan dahinya ku cium erat. Terasa hubungan kami semakin erat, rasa sayang terhadapnya amat tebal. Cuma aku ni tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan sayangku. Almaklumlah aku ni bukan jenis lelaki yang romantik, tapi sape yang tak sayangkan isteri kan. Setiap suami pasti merasakan cinta dan sayang terhadap isterinya bertambah-tambah di saat ini.Begitu juga aku.Chewaaah..hehehe,

Hampir pukul 1.30 petang, rahimnya hanya terbuka 4cm, aku berbincang dengan doctor agar menjalankan keadah cesarean kerana sudah hampir 8 jam masa yang diperuntukkan untuk rahim terbuka sepanjang 10cm. Rasanya disini aku dah bagi info yang penting terutama kepada kaum Adam.

Alhamdulillah, isteri dan anak selamat dilahirkan. Aku tengok anak yang begitu kecil di atas katil bayi sambil matanya terbeliak melihat cahaya lampu. Aku angkat lalu bacakan Iqamat di telinganya, dan ayat-ayat suci yang lain sambil mendoakan agar anak yang bakal ku beri nama Nur Iman Khalisha menjadi anak yang soleh serta beriman. Ku kucup dahi dan pipinya berulang kali. Syukur Alhamdulillah mereka berdua selamat.

Imahan KhalisAku pun apa lagi, inform kat keluarga, semua kawan-kawan dan bos. Gembira betul rasanya. Yang sudah mempunyai anak, mesti dapat rasa apa yang aku rasai ketika memegang zuriat kita, yang mana belum kawin tu cepat-cepatlah kawin, so bolehlah rasa apa yang aku rasa tu.

Peringatan:

1)      Ibu mengandung tidak digalakkan untuk bergerak pada jarak yang jauh. Jika perlu juga berjalan jauh, anda perlu berhenti pada setiap 45 minit.

2)      Biasanya jika kandungan sudah masuk bulan ke 7, siap sedia barang-barang keperluan bayi dan pakaian isteri di dalam 1 beg dan masukkan ke dalam kereta.

3)      Beri sokongan moral kepada isteri ketika dia mengandung, melahirkan dan sesudah melahirkan.

December
16

Perhatian!!!!……

Posted In: Info umum, Knowledge Management by azizul5ad

Sebanyak 30 K-Bunting telah pun siap dicetak dan sebahagian daripadanya telah pun diedarkan ke negeri-negeri yang berkenaan dan jabatan-jabatan di pejabat utama. K-Bunting merupakan salah satu promosi bagi memperkenalkan KM dan menggalakkan perkongsian maklumat di tempat kerja dan seterusnya mampu meningkatkan produktiviti kerja.

KM-Bunting

December
16

Peraduan jom santai

Posted In: Info umum, Knowledge Management by azizul5ad

Alhamdulillah, kini majalah online jom santai telah pun masuk ke edisi ke 2. Isu kali ini adalah berkaiatan tragedi yang sering kali terjadi setiap kali musim perayaan, bagi ruangan kerohanian, Syahadah dan Taubat berguna sebagai elemen dalam penyucian diri. Dalam ruangan Kesihatan anda dibekalkan dengan pelbagai petua kesihatan, fungsi vitamin C dan macam-macam lagi. Bagi kuiz jom santai pula boleh di dapati pada ruangan Sekilas Rasa. Bagi mengetahui perkara yang lebih menarik apa kata anda muat turun majalah ini.Untuk muat turun sila ke K-Portal>log in> K-Network > Downloads > Jom Santai.

jom santai

Di bawah merupakan syarat-syarat dan peraturan kuiz jom santai.

SYARAT-SYARAT & PERATURAN
1. Kuiz ini terbuka kepada semua staf Kumpulan HCM kecuali ahli-ahli J/K Pemandu POKM dan staf Special Functions Unit (SFU)
2. Soalan-soalan 1 dan 2 hendaklah dijawab dalam Bahasa Inggeris
Sementara soalan-soalan 3 hingga 5 boleh dijawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
3. Semua jawapan hendaklah dihantar bersama dengan butiran-butiran nama,
jawatan, nombor staf, syarikat, lokasi, telefon dan email kepada m.azizul@hcme.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau faks 03-92848118 (u.p: En Azizul, SFU) pada atau sebelum 21 Disember 2009.
4. Cuma satu penyertaan dibenarkan bagi setiap orang staf yang layak.
5.Bagi soalan-soalan 3 hingga 5, panel hakim akan menilai kuantiti dan kualiti jawapan.
6.Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7. Keputusan akan diumumkan dalam edisi akan datang.JS

Pemenang kuiz jom santai akan menerima :

Tempat Pertama: RM 100
Tempat Kedua : RM 70
Tempat ketiga : RM 50

Selamat Membaca!

December
16

Pada 20 November 2009 yang lalu, QA Mareco telah mengadakan aktiviti Tazkirah bertajuk “Peranan Pekerja Mengikut Perspektif Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Hasnul Hizam. Menurut beliau pekerjaan adalah merupakan suatu kegiatan manusia yang sangat dituntut oleh agama .Di dalam Al-Quran sendiri terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia bekerja untuk menanggung diri sendiri,kaum keluarga dan membantu orang lain. Tambahnya lagi, setiap pekerjaan yang dilakukan oleh individu Islam itu perlulah bersesuaian dengan syariat islam bagi mencerminkan ketinggian akhlak disamping mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan sewajarnya mengukuhkan peranan kita sebagai hamba Allah dan khalifahnya dimuka bumi ini.Sewajarnya kita membetulkan niat kita sebagai pekerja dan khalifah di muka bumi ini bagi mencari keredhaan-Nya. Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Menurut ustaz lagi, kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang kita lakukan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sunguh dan sudah pasti hasil pencapaiannya dapat dilihat. Kita perlulah mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain agar sesuatu perkara yang ingin dilakukan dapat dicapai.

Jesteru itu, marilah kita sama-sama berfikir sejenak mengenai niat dan peranan kita sebagai pekerja di dalam Kumpulan HCM. Antara perkara yang perlu ada pada seseorang pekerja untuk membentuk kecemerlangan kerjaya seseorang dalam acuan perspektif Islam adalah:

• Niat yang betul ketika bekerja
• Amanah dalam kerja
• Jujur dalam pekerjaan
• Komited terhadap kerjaya
• Bersyukur atas kejayaan dan keuntungan yang diperolehi

November
17

Senyum seindah Suria

Posted In: Info umum, Tahukah Anda by azizul5ad

Senyum seindah suria

Yang membawa cahaya

Senyumlah dari hati

Duniamu berseri

Kata ustaz, senang sahaja kalau nak dapat pahala hanya dengan senyuman. Nampak macam mudah dan senang je kan. Hanya senyum dah dapat pahala. Bunyi macam senang. Tapi hakikatnya ramai ke yang akan menyedekahkan senyuman dia kepada seseorang itu.Aku ni memang jenis yang mudah tersenyum, tapi kadang-kadang dengan seseorang yang  kurang mesra taklah aku nak bagi senyuman. Bukan apa, kadang-kadang aku senyum bukannya dia nak balas senyuman, buat tak tahu je.  Malu juga aku senyum sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal orang ingat aku kurang siuman pula. Almaklumlah aku masih orang baru disini lagi.Mungkin ramai yang tidak mengenaliku.monyet senyum

Ramai yang cakap kalau kita selalu tersenyum kita akan kelihatan muda. Ubat awet muda yang paling mudah dilakukan. Jika kita fikirkan ada betulnya. Ketika itulah urat-urat dimuka di bergerak. Sebab tu aku mempraktikkan. Kalau tak senyum dekat orang lain takpe, senyum je sorang-sorang. Tapi janganlah sampai orang lain plak Nampak. Lain difikirnya nanti.  Kadang-kadang tu, jika kita buat sesuatu kesalahan yang boleh dikategorikan “kesalahan bodoh”  apa salahnya kita tersenyum memikirkan silap dan salah itu. Mungkin korang juga pernah alami situasi itu. Tak salh pun jika kita tersenyum. Kadang-kadang aku time tension pun aku senyum. Paksa juga lah diri senyum walaupun pahit. Kalau tak mesti bertambah tension. Fikirkan sesuatu yang agak melucukan. Sekurang-kurangnya hilang sedikit tension tu kan.

Seronok jika kita lihat kanak-kanak yang sentiasa tersenyum. Kadang-kadang aku terfikir juga nak kembali ke alam kanak-kanak seperti dulu. Tanpa fikirkan kerja, masalah, tanggungjawab dan macam-macamlah. Tapi, itulah kita kena berpijak di alam nyata, kita hidup di dunia ini mempunyai banyak tanggungjawab terutama kepada Allah, ibu bapa, agama, negara dan banyak lagi lah tanggungjawab dan yang pasti korang pun pasti tahu apa tanggungjawab korang. Maka senyumlah setiap kali anda melangkah, dan pastikan langkah yang anda atur itu tersusun dengan rapi untuk mencapai impian di dunia dan akhirat. InsyaAllah.Seminar (148)

Kebaikan Senyum

1.Senyum dapat mengurangkan stres.

2.Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda.

3.Senyum membuat anda tetap positif.

4.Senyum membuat kita lebih menarik.

November
13

Kenangan Terindah

Posted In: Info umum, Kenangan Terindah by azizul5ad

Pulau Kapas

Bila sebut je Penyu. Pasti akan teringat Negeri Terengganu. Bagi aku, Negeri Terengganu merupakan antara negeri yang begitu indah untuk dilawati. Pulau Kapas yang terletak kira-kira 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Ni merupakan antara gambar kenangan di Pulau Kapas, Terengganu bersama budak-budak kelas IS221 bersama En Aso, En Alwi & Juwahir. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disana adalah :

  • scuba diving
  • Bina istana pasir
  • mandi manda
  • tengok tempat pembiakan anak-anak penyu
  • bagi makan ikan
  • mencandat sotong
  • Jungle Trakking
  • Dan macam-macam lagi lah……..

Kapas1

Pengangkutan

Kalau dari negeri lain di Malaysia, daerah yang perlu korang cari adalah Marang. Dari situanda boleh mengambil bot dan perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa selama 30 minit.

Penginapan

Pulau ini mempunyai resort yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893. Disebabkan aku tak tau no hp tempat yang pernah kami menginap dulu. So aku sarankan korang semua contact no di atas ye.

Kapas3

November
13

You are not my BOSS!!!

Posted In: Info umum, Isu hangat by azizul5ad

Pelik tapi benar. Aku pun tak faham kenapa sesetengah orang tu suka betul berlagak seperti seorang Boss walhal dia bukanlah berjawatan sebagai Boss. Marah orang tak tentu pasal, sedangkan Boss yang sebenarnya pun tidaklah sebegitu. Sepatutnya jika hendak berurusan dengan orang lain, ingin meminta seseorang melakukan kerja untuknya sewajarnya dia menggunakan bahasa yang baik agar orang yang kita minta untuk pertolongan akan sudi atau rela melakukannya tanpa paksaan untuk melakukan kerja yang diminta itu.

Walaupun sesuatu tugasan itu merupakan kerja yang “urgent” aku rasa tidak perlu untuk menggunakan kata-kata yang yang agak kasar. Tambahan pula kita adalah orang melayu, penuh dengan kesopanannya, kelembutannya dan tatasusila. Salah ke kalau menggunakan kata-kata yang agak sopan dan lebih teratur? Aku rasa takde salahnya, malahnya perhubungan antara seseorang itu akan lebih baik. Perasaan “respect on each other” tu penting di dalam sesebuah organisasi itu tidak kira seseorang itu hanya berjawatan general worker, assistant atau lebih rendah daripadanya. Kalau dia seolah-olah tiada rasa hormat terhadap kita, adakah kita perlu ada rasa hormat terhadapnya. Rasanya korang pasti ada jawapannya.

Rasanya tahap kesabaran seseorang tu ada batasnya. Jangan sampai meletup gunung berapi yang terbuku sudahlah. Aku doakan semoga kepada mereka-mereka yang cuba berlagak seperti seorang Boss tu fikirkan tingkahlaku apa yang anda lakukan itu. Jika akhirnya dia menjadi seorang Boss pun, lebih baik dibossa cuba ubah perangai demi menjaga perhubungan antara orang lain. Salah ke kalau hendak minta pertolongan seseorang tu, kita gunakan perkataan “tolong boleh”, “mintak tolong ke”, atau mana-mana perkataan yang sewaktu dengannya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

November
12

Kalau sebut je Chow kit, pasti apa yang tergambar dalam fikiran adalah pasarnya. Pelbagai jenis barang-barang yang korang inginkan terdapat disana. Apa kata ada masa korang tinjau lah ke sana. Kalau di Pasar Chow Kit pelbagai jenis buah-buahan boleh korang di dapati di sana. Rambutan, mangga, delima, anggur, oren, mata kucing, manggis dan macam-macam lagi. Pasar di sebelah dalamnya menjual pelbagai jenis sayuran seperti salad, bendi, bayam,kobis, asparagus, tomato, lobak dan macam-macam dalam kategori sayurkan. Jika nak dapatkan ikan, ayam atau daging pun ada. Disini aku nak kongsi sedikit maklumat yang aku baca berkaitan funsi warna dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

buah

Warna Hijau

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau dapat membantu

  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Boleh mengurangkan risiko kanser
  • Menyihatkan mata

Warna kuning/ oren

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning/ oren dapat membantu

  • Menyihatkan mata
  • Boleh meningkatkan system daya imunisasi
  • Meningkatkan kesihatan jantung

Warna biru/ungu

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna Warna biru/ungu dapat membantu

  • Melambatkan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan risiko sakit kanser
  • Meningkatkan daya ingatan

Warna putih/coklat

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna Warna putih/coklat dapat membantu

  • Meneruskan tahap kolestrol yang sihat
  • Mengurangkan risiko sakit kanser

Di sini aku nak pesan kepada korang semua dan diri aku supaya cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan  dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan khasiat pada setiap hari.Buah2

Ingatan;

  1. Tidak perlu memasak terlalu lama sayur-sayuran. Hal ini kerana untuk mengekalkan khasiatnya.
  2. Sayur-sayuran yang segar dari pasar adalah yang terbaik. Sayuran dalam tin boleh dimakan sekali-sekala.
  3. Pilih buah-buahan yang segar dan cerah warnanya.
  4. Buah-buahan seperti pisang jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.
November
10

Maafkan kami…maafkan kami…

Posted In: Info umum by azizul5ad

Kalau sebut je cerita P.Ramlee, pasti setiap orang takkan kering gusi bila menonton filem yang dilakonkan oleh beliau. Rasanya kalau tengok 1000 kali pun takkan bosan. Dengan kombinasi Aziz Satar, A.R Tompel, Sudin dan ramai lagi menjadikan filem lakonan mereka sentiasa berada di dalam class tersendiri mereka.

Bila teringat filem Pendekar Bujang Lapok dan ketika nyanyian lagu “Maafkan Kami” dendangan Ramlee, Sudin dan Aziz, aku teringat peristiwa semasa akhir semester di UiTM. Kami satu kelas lewat hantar assignment subjek System Analyst pada tarikh yang ditetapkan. Apa lagi, En Aso lecturer  kami pun bisinglah dan takutkan kami dengan mengatakan kami akan” fail” . Hehehe kecut perut juga time tu. Bukan apa, semua kumpulan tak sempat lagi nak siapkan projek tersebut. Nak taknak kena pujuk juga ni. Kami sekelas dapat idea untuk menyanyikan lagu Maafkan Kami dan menukar sedikit lirik lagu tersebut. Yang aku ingat sikit-sikit adalah:

Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami
.
Wahai En Aso jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan kami
.
Korus: Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami
.
Kalau En Aso tak mahu maafkan
Kami nak tinggal Tanjung Rambutan
Wahai En Aso tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudara maafkan kami
.
Korus: Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami

MPG3Lebih kurang camtulah liriknya..tu hasil Ezzart punya keje ye. Sebenarnya time tu syahdu juga aku, yelah dah lah last semester kan, nak berpisah dah. Tapi air mata aku taklah jatuh dan mengalir di pipi tetapi sekadar bergenang sahaja di kelopak mata. Chewaah.. jatuh plak saham kemachoaan aku. Tapi aku tengok En Aso pun cam bergenang juga air matanya, tapi nak tahu kena tanya dialah.hehehe. Sebenarnya En Aso saja je mengertak kami, tapi sekurang-kurangnya ada juga kenangan di Malam Pra-Graduan tu. Selamba je kami nyanyi lagu tu kat dalam dewan tu. Peduli apa kami janji kami dapat hantar projek kami tu. Hehehehe..Malam-Pa-Graduan

Kat sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang yang mengajar kami. Kepada lecturer IS 221 khususnya En Aso, En Juwahir, En Sazili, En Zul, Pn Hayati, Pn Rashimawati, pn Masitah dan kepada semua lecturer Rekod dan Library yang telah mencurah segala ilmu kepada kami.

MPG1

Ingatan;

  1. Tetapkan komitment agar assignment yang diberikan disiapkan pada waktu yang ditetapkan.
  2. Mengucapkan  kata maaf sekiranya kita ada melakukan kesilapan.
  3. Sentiasa bersatu agar apa yang diingini akan dicapai.
November
9

Vacancy!!! Medical Record Officer (MRO)

Posted In: Kerjaya by azizul5ad

Semalam aku ke UKM Specialist Center untuk check up wife, selalunya memang akan jupa aku member aku yang keje kat situ as MRO. Dia cakap lepas ni tukar keje dah, maybe offer lebih baik tu. Yelah sape taknak keje dalam as Gomen kan atau dalam kata lain dalam Government. So,perhatian kepada ex-student Fakulti Pengurusan Maklumat, ada 1 kekosongan position as MRO di UKM Specialist Center. Kepada sesiapa yang ada basic subjek medical record masa belajar tu cepat-cepatlah hantar resume anda pada email rafizul@gmail.com . Kekosongan ini perlu diisi pada bulan Disember ni. So, sape cepat dia dapat, tapi make sure you all study semula coding-coding case note patient ok. Salary plak berapa ye?? Korang mesti nak tahu kan. Untuk fresh graduate rate RM1800-RM2000. Yang mana dah experience ke boleh lah nak demand skit.