Oct

8


Tulisan telah berkembang bermula dengan penghasilan simbol-simbol yang menyerupai apa sahaja yang dilihat sehinggalah kepada perwakilan bunyi dan maksud yang pelbagai. Kemunculan tulisan telah membolehkan maklumat direkodkan dan seterusnya dan seterusnya membenarkan proses komunikasi berlaku merentasi batas masa. Ia terbukti memudahkan satu proses, maka teknologi komunikasi terus berkembang.

Definisi Penulisan

Menurut Kamus Dewan, penulisan boleh didefinisikan sebagai perihal atau kegiatan dan sebagainya (menulis iaitu mengarang dan lain-lain) atau hasil daripada menulis. Penulisan pada hari ini ialah ruangan khas bagi memudahkan penulis menghasilkan, menerbitkan serta memasarkan karya mereka secara dalam talian, iaitu menggunakan kemudahan internet. Contoh terdekat seperti penulisan di dalam blog-blog. Penulisan melibatkan penulis, editor, penilai, pereka grafik, pelukis dan sesiapa yang terlibat dalam bidang penerbitan

Penulisan mendapat tempat yang terpenting dalam Islam. Pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna dapat disampaikan kepada orang ramai serta berkongsi pendapat melalui penulisan. Penulisan menjadi penghubung dalam bidang keilmuan dari generasi kepada generasi yang lain. Penulisan merupakan salah satu bentuk pengabdian manusia sebagai makhluk kepada Tuhannya iaitu Allah S.W.T., dengan tujuan untuk mencari dan menikmati keredhaan-Nya. Penulis Islam berusaha untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan berkeperibadian Muslim.

Penulisan mempunyai kaitan yang rapat dngan pembacaan. Penulisan adalah bahan bacaan yang amat berguna untuk memajukan akal fikiran manusia. Kita bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana ayat pertama sekali diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. adalah ayat yang mengandungi arahan untuk membaca : “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemura. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.” (Maksud ayat 1-5 Surah al-Alaq)

Sejarah Kemunculan Tulisan Dan Abjad

Sejarah kemunculan tulisan dan abjad telah bermula sejak kemunculan tamadun-tamadun utam di dunia. Hal ini kerana perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam system tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi operasi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan merupakan tulisan lukisan yang di kenali sebagai piktograf, terutama di era Tamadun Sumeria dan Tamadun Mesir.

Bahasa Dan Tulisan Tamadun Sumeria

Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Setelah itu, tulisan tersebut dipermudahkan dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis di atas tanah liat. Kemudian, orang-orang Sumeria membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang-orang Sumeria telah telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.

Bahasa Dan Tulisan Tamadun Mesir

Sejarah huruf bermula di Mesir Purba. Pada 2700 S.M orang-orang Mesir telah membangunkan set dari sesetengah 22 hieroglif untuk mempersembahkan konsonan individu dari bahasa mereka, huruf ke-23 ditambah seolah-olah telah ditambah kata initial atau vocal kata akhir. Glif ini telah digunakan sebagai panduan sebutan untuk lologram untuk menulis infleksi tatabahasa dan kemudian digunakan untuk transkripkan kata pinjaman dan nama asing.. Walaupun huruf hurufnya secara semulajadi, system ini tidak dugunakan secara tulen menulis huruf. Huruf skrip tulen pertama telah diperkenalkan sekitar 2000 S.M untuk pekerja Semitik di Mesir tengah. Lebih lima abad kemudiannya ia tersebar ke utara dan semua huruf berikutnya telah tersebar luas ke merata tempat sama ada asal-usulnya tidak ditukar atau juga yang telah diinspirasikan oleh salah satu daripada keturunannya, dengan kemungkinan berkecuali dan huruf meroitik iaitu sebuah hieroglphy adaptasi abad ke-3 S.M di Nubia selatan Mesir.

Pada awal Tamadun Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod-rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan ini berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah mrmbuat kertas daripada pokok papyrus, mereka menulis dngan menggunakan dakwat dan berus.