Latest Entries »

Sebuah Cerita Cinta.. part 3

Selepas beraya dan sesuai suai kenal diantara family.. pihak lelaki pun bercadang la nak pergi merisik.. pihak aku la hehe..kena la ikut adat sikit.. kata melayu.. kalau tak ikut pun takpe.. kalau ikut pun ok..kira berterusan la adat ni.. so pergi la merisik.. ”kami datang ni berhajat..datang untuk menyunting bunga di taman” masa tu pula ada dua bunga.. iskh fahmi.. jangan tersalah bunga pula hehe..hehe lebih kurang la ayat tu.. selepas berbincang kedua-dua pihak bersetuju dan sebulan selepas 2 kitaorg pun bertunang.. pada 15 Februari 2009 pehh.. terasa masa tu darah manis sangat2 masa tu.. sehingga aku terasa di hurungi semut hehe.. manis la sangat hehe.. la yang korang senyum asal.. ayat tak bole bla la kan hehe.. ok2.. so setelah berbincang.. kedua-dua family taknak ikat anak-anak mereka lama2.. orang kata tak elok.. aku kata pun tak elok.. sebab aku lagi suka.. lagi cepat lagi bagus.. enam bulan sudah hehe..

Enam bulan.. memang jangka masa yang agak singkat sebenarnya.. banyak kena buat.. persiapan lagi.. duit lagi.. hanataran.. makan..pergi sana sini lagi.. test HIV.. jabatan agama.. jemputan.. kad kahwin.. deal dengan orang2 terlibat.. macam2 lagi dan banyak kerja juga la.. banyak kerja bagi yang bekerja.. nasib baik aku tak kerja lagi.. so dapat la manage benda-benda nie dengan bantuan isteri aku, family dia dan family aku.. hmm banyak pakai duit tau.. so sape2 yang tak kawin lagi 2 beringat-ingat la yer.. nak buat pinjaman.. memang aku tak digalakkan.. lepas kita kahwin nak bayar utang plak.. tambah beban.. tapi masing2 punya pendapat la yer.. setiap orang masalahnya lain-lain.. so far alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. takda apa2 masalah.. risau juga masa 2 dalam bertunang kan banyak dugaan.. memang ada ujian-ujian yang disediakan untuk kita.. tapi sebenarnya dugaan itu la yang mengeratkan lagi hubungan kitaorang..

Pada 25 Julai 2009 tarikh keramat yang telah megubah hidup aku menjadi seorang yang lebih bertangungjawab.. stress juga la.. bukan stress nak kawin..stress dengan kawan-kawan.. semuanya bakar-bakar pasal jangan dua kali lafaz.. adehh macam ni pun ada ker.. goyang juga la hehe masa pegang tangan ayahanda dia.. sejuk aje tangan ni ha hehe nasib baik sekali lafaz.. alhamdulillah.. kalau tak sure kena bahan dengan member-member.. hehe.. tapi lafaz berapa kali tu tak penting.. yang penting di lafazkan.. dan lagi penting kehidupan selepas 2 lah.. banyak benda yang kena di pikirkan.. dulu sorang sekarang dah berdua.. banyak perkara yang kena di pelajari.. totally berbeza.. aku tahu korang sure pikir lain nyer kan.. adehh.. hehe.. yang tak kahwin lagi 2 nanti tahu la.. yang dah kahwin dorang memang dah tahu hehe..

So taktau la nak sambung lagi ker tak cerita nie… hmm kena pikir-pikir lagi.. ”to be continue”.. tak sure lagi.. hehe.. masih memikirkan lagi.. ?

Rahsia Solat

Assalamualaikum & salam sejahtera…harini aku nak kongsi satu rahsia yang kita sendiri dalam sedar dan tak sedar…aku sendiri pun tak sedar…aku rasa ilmu ni amat berguna dan sangat-sangat patut dikongsi bersama…sesungguhnya kita ni berada dalam kerugian…cuba baca ruangan di bawah ini pasal melenggahkan solat…Sesungguhnya Allah  amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada kita…hanya kita yang leka dan lalai…semoga sama-samalah kita dapat berubah selepas menbaca ini.. :)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi..

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Lawatan ke Bangkok..

First time aku pergi sama dapat hadiah dari team yang pernah aku sertai dulu.. sebab dapat di promote kan ke liga perdana.. masa 2 kalau tak silap akhir tahun 2007.. pergi dengan travel agent.. so memang banyak la aktiviti yang di sediakan.. memang best.. banyak tempat dorg bawa.. tang tak best pasal nak makan la.. trip ni memang pergi untuk jalan2 aje.. so ni ajelah gambar2 kenagan aku kat sana masa first time kat bangkok..

Gambar ni masa kali kedua aku pergi masa ada trip ke Bangkok.. tahun 2008 kot.. tapi kali ini ada friendly dengan team-team kat Thailand.. time nie wakil untuk Universiti Malaysia..pergi ke Thailand ni pun untuk persiapan tournament ASEAN UNIVERSITI GAMES (AUG)  kat sana ada 3 kali friendly kat tempat2 yg berlainan.. dapat juga la jalan ke bandar2 lain kat Thailand.. dekat sana juga dapat la jumpa lagend bolasepak dari Thailand.. Kiatisuk Senamuang.. belasah aje la nama dia nie.. susah nak sebut.. atau lebih di kenali Zico Thailand..

Sebuah Cerita Cinta.. part 2

Selepas balik dari Brunei.. aku menyambung kembali pelajaran kat KLIUC.. amik degree plak.. so far semuanya berjalan lancar.. Cuma bila dah balik tu ingat peluang tu cerah.. tapi sebenarnya agak slow skit relation 2.. until one day lama tak call aku try call balik.. borak punya borak aku suruh la dia sambung belajar.. siap hantar pamphplet lagi tue kat dia.. hmm mula2 ingat tak berminat.. tapi tanpa pengetahuan dia datang kolej untuk register.. tak bagitau pun nak dating.. masa 2 datang dengan akak dia.. kebetulan masa 2 pun aku ada kat situ.. then pergi la jumpa kejap.. hmm banyak betul kebetulan.. jodoh2 hehe.. tapi respon kurang skit.. pasal akak dia ada masa 2 hehe..

Masa aku semester 2.. dia pun masuk.. kebetulan plak.. kebetulan lagi hehe.. ada kelas2 yang kena campur dengan budak2 semester satu.. wah manyak syok hehe.. masa 2 memang course degree IT ni pun agak baru kat situ.. dan tak berapa ramai student yang ambil course nie.. so masa ni la semuanya bermula.. mula mengenali hati masing2.. tapi bukan senang dia nak tarima aku ni.. sampai kat semester 4-5 baru la dia dapat menerima aku.. Alhamdulillah..

Doa aku sebelum nie telah di perkenankan.. tapi perjalanan tu baru bermula.. yalah masih panjang lagi.. dan banyak perkara lagi kena di settlekan especially study nie.. banyak dia tolong dan mengajar aku yang agak slow ni hehe.. kira dia ni sumber ispirasi.. terima kasih sangat2 sayang.. kalau tak pasal dia belum tentu aku dapat grad.. yelah sibuk dengan training then malam dah ngantuk.. kena paksa buat kelas tambahan hehe.. dengan kelas nasi tambah.. bila dah grad nie kena la kerja keras skit.. masing2 dah abis belajar.. so kena la kumpul2 cari duit.. kena pikir one step ahead.. so far alhamdulillah lepas grad dia tak tunggu lama untuk dapat kerja..

So far selama perkenalan nie tak pernah jumpa bapa dia nie..nak jumpa..hmm takde keberanian.. 2 lah dugaan paling besar hehe.. yelah masa 2 tak apa-apa yang menjamin.. setakat bola.. hmm gaji memang best.. tapi tak tetap.. time team suka oklah..time tak suka.. kena buang hehe.. inikan nak jaga anak orang.. dengan kerja yang tak tetap.. tapi mama dia memang ok.. memang dah merestui hehe.. yelah tak elok tunggu lama2.. akhirnya masa raya 2008.. last day raya.. hmm tanpa segan silu.. aku terus bawa parents pergi umah dia.. beraya sambil kenal2.. hmm yela nak jumpa sorang2 tak berani.. cara ni lebih sopan la hehe.. alhamdulillah tak lama pastu pun aku bertunang.. hehe.. alhamdulillah di terima juga hehe..

To be continue..

Budak2 nakal..

Harini takde apa-apa cerita yang nak di kongsikan..just nak upload gambar2 anak buah aku yang ada skang nie..ada lagi tapi takde gambar..ni aje gambar2 yang ada n sempat di candid kan.. :)

K-SIHAT

Aktiviti ini adalah untuk orang2 yg sihat hehe.. best juga masa program nie.. ramai juga yang terlibat.. Cuma haritue hujan sikit.. walaupun hujan tapi tetap mendapat sambutan.. Banyak acara telah di sediakan.. paling best Poco-Poco.. dari badan keras terus jadi lembut hehe.. selain 2 ada juga acara2 lain yang telah disediakan.. seperti senamrobik, kuiz K-Sihat, pertandigan tiup belon dan juga peraduan mewarna bukan untuk orang dewasa..tetapi untuk kanak-kanak hehe.. tapi ada juga bapa yang tolong anaknya hehe.. Tapi semua 2 di ambil kire.. yang terkantoi.. kire kalah.. kemuncak K-Sihat ádalah cabutan bertuah.. dapat voucher rm200 makan kat Hotel Milinium.. Hotel kat KLCC kalau tak silap.. so far acara dapat di jalankan dengan lancar.. tahniah kepada semua staff yang telah berjaya menerima hadiah.. yang tak tarima hadiah.. cuba lagi.. maybe nanti akan buat family day plak.. InsyAllah ?

” Pekerja Sihat Syarikat gemilang “

Beach Soccer

Best..memang best..tapi letih tak ingat..main bola kat pantai memang lain dari main bola di padang or main futsal..hmm first experience main ni pun waktu ada tournament kat langkawi.. Aku main team Langkawi.. orang jemput.. pergi la main hehe.. Resort ni yang sponsor tempat penginapan dan gelangang untuk tournament ni.. memang best la kan.. Rasanya ini kali pertama bolasepak pantai peringkat kebangsaan diadakan untuk mencari pemain-pemain yang berbakat untuk mewakili Malaysia.. berbakat ker aku nie hehe.. yelah dorang kena cari backup untuk team Malaysia nie.. Malaysia merupakan juara bertahan pertandingan itu setelah mengalahkan Thailand 4-2 pada perlawanan akhir di Desaru, Johor Baru, tahun 2008.

So far oklah juga.. main pun dengan otai2 langkawi.. walaupun otai tapi team yang kuat kat Langkawi ni.. Cuma dorang ni macam aku juga.. banyak main bola padang.. dapat masuk suku akhir aje.. kalah dengan team budak2 muda dari langkawi yang semamangnya selalu main bola sepak pantai nie.. bukan alasan.. tapi 2 la kenyataan.. then team 2 jadi juara.. tapi alhamdulillah satu pengalaman yang bagus sebenarnya.. Jurulatih kebangsaan pasukan bola sepak pantai, Ismail Zakaria 2 pun bekas jurulatih aku..amik lesen coaching pun dengan dia.. dan dia la yang introduce kat team nie suh aku main.. so ape lagi main la.. cari pengalaman.. atleast dapat try sesuatu yang baru..

Tip kekeluargaan untuk ibubapa

Isnin, 16 November 2009: Pada hari Jumaat, 13 November yang lalu satu seisi K-Chat berkenaan tip kekeluargaan untuk ibubapa telah diadakan. Puan Nafisah selaku pencetus idea dalam merealisasikan program ini dan juga selaku penceramah. Banyak pengalaman-pengalaman yang bermanfaat telah di kongsi oleh beliau bersama-sama dengan para kakitangan pada program ini.

Program ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi pengalaman beliau dan pendapat tentang tugas dan cara-cara ibubapa dalam mendidik anak untuk berjaya dalam pelbagai aspek. Banyak idea yang dapat di kongsi oleh beliau yang dapat di memberi kesedaran dan dipraktikan oleh kakitangan pada program ini. Antara pengurusan yang paling penting diterapkan pada anak-anak ialah pengurusan masa, pengurusan diri, kebersihan dan lain-lain lagi. Juga menguruskan dan merawat anak-anak yang sakit.

Dalam mengurus anak-anak, ibubapa mestilah memastikan anak-anak mendapat keperluan hidup sesempurna mungkin. Ianya juga dapat membantu kakitangan dalam  membina keluarga dalam pelbagai aspek untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak dengan lebih baik. Program ini juga dapat memberi kesedaran terhadap ibubapa tentang tugas-tugas dalam menghadapi sesuatu situasi, bagaimana untuk mengawal dan menjadi ibubapa yang lebih proaktif.

Program ini adalah sebahagian dari KM aktiviti yg telah dijalankan oleh Roadcare HQ. Selain dari kakitangan dari Roadcare HQ, program ini juga dihadiri kakitangan dari HCM dan juga KPS-HCM. Diharapkan dengan program K-Chat yang telah dijalankan ini dapat memberikan kesedaran dan manfaat kepada kakitangan untuk menjalani hidup dengan lebih sempurna dan berkualiti.

Sebuah Cerita Cinta.. part 1

Orang kata cinta itu buta.. buta macam mana.. taktau la plak.. sebab tak dapat detail dari orang tua2 sebab dah banyak sangat generasi yang cakap macam 2.. tapi 2 la cerita untuk hari.. macam mana bermulanya cinta pandang pertama.. pandang pertama.. tak juga kot.. maybe terlepas pandang ádalah kot..

Terlepas pandang.. bole buat isu ni dengan isteri aku ni.. hehe bukan macam 2.. sebenarnya kitaorg ni satu sekolah.. sekolah kat Shah Alam.. tapi tak pernah kenal pun sebab dia ni junior..Bukan señior tak pandang junior.. memang suka pandang.. tapi 2 la ada satu yang terlepas pandang.. padahal dia selalu lalu lalang kat tempat aku lepak.. sebab 2 ajelah jalan paling dekat untuk dia balik rumah..hmm napala waktu sekolah dulu tak nampak.. 2 la jodoh di tangan Allah..  mungkin pasal masa 2 pun aku jarang pergi sekolah.. sebab dalam setahun banyak sangat tournament yang kena masuk.. so ada alasan kukuh tak pandang waktu 2..

Ceritanya bermula pada konvo 2004.. masa 2 aku kerja kat luar Malaysia..  kat Brunei..pikir punya pikir.. last minutes aku balik juga..sehari sebelum konvo.. sebab tak pasti nak pergi ke konvo 2 ke tak.. dapat cuti 5 hari.. tapi tak sangka dalam konvo 2 la aku dapat mengenali isteri ku.. dekat sinilah sebuah cerita cinta bermula.. masa tengah borak2 dengan member sorg nie dia masuk.. peh datang lambat minah nie.. hehe..Then masa 2 la aku cakap kat member aku sorang nie “niff..ko tgk dia tue.. iskh kalau la aku dapat dia nie.. memang aku nak dia jadi isteri aku..” masa 2 tengok memang sedap mata memandang.. sejuk aje hati nie ha.. kalau dia baca nie mesti dia bangga hehe.. tapi 2 la orang kata, “kata-kata kita itu ibarat doa”.. alhamdulillah dengan doa 2 lah kami bersama..

Tapi cerita 2 tak stop sampai situ aje.. apa yang aku tahu just cakap macam 2.. nak follow up.. hmm segan pun pun ada.. ingat masa dah habis konvo 2 semuanya habis macam 2 ajela..tapi kebetulan masa nak balik 2 dia ada kat pintu utama..  dan kebetulan 2 la peluang itu datang.. kalau tak tegur memang taktau la ape cerita skang nie.. masa 2 la aku mengayat skit hehe.. borak punya borak dapat juga no phone.. susah juga dia nak bagi mulanya hehe.. ceta punya ceta.. la satu sekolah.. asal la aku tak perasan dulu hehe.. setelah 7 tahun baru tahu yang isteri aku nie satu sekolah dengan aku..

Hmm last day before nak balik Brunei.. aku plan nak jumpe dia.. ajak pergi makan.. 2 ajela peluang nak jumpa.. mula2 tak dapat jumpa tapi nasib baik last minute dia setuju.. kalau tak..memang tak jumpa la.. tapi masa kat Brunei pun still contact.. masa kat Brunei aku kerja selama 4 bulan then dapat offer baik dekat sini..  parents pun suruh balik sambung balajar.. sebab diorang pun risau aku kat sana sorang2.. so balik la KL dan sambung belajar balik.. so secara tak langsungnya ada peluang la..

To be continue…

Berita baik.. Kepada pemegang-pemegang saman.. diminta sediakan duit yer.. Perkara paling tak best sekali tang saman ni la.. dengar pasal saman aje sure sakit hati.. yela buta2 aje duit terbang hehe.. 2 la sape suruh parking merata-rata.. tak pakai tali pingang.. memandu sambil bergayut.. langgar lampu isyarat.. hmm ingat lagi pengalaman masa mula-mula dapat lesen.. kena tahan polis.. nasib baik lepas sebab dia ada rasa belas kesian.. pasal masa 2 pakai baju Selangor nak [ergi training bola.. kalau tak..taktau la macamana.. berapa nak kena.. semuanya gara-gara lambat pergi training n langgar lampu isyarat.. lepas2 tu pun ada juga kena saman lain.. parking la.. speed trap la.. adehh.. banyak juga yang terkena.. so untuk information skit kat sini aku ada letak kadar kompaun terbaru.. sebagai panduan kepada kita untuk sediakan duit untuk membayar saman.. yang ni yang paling latest sekali dan harap2 ada lagi latest dan boleh kurang lagi..


Makluman:
Kadar kompaun baru saman trafik adalah untuk semua saman


BIL

JENIS

KADAR KOMPAUN LAMA

KADAR KOMPAUN BARU

KESALAHAN

KENDERAAN
1. KEMALANGAN
(TIDAK MELIBATKAN KES NC)
LORI / BAS /
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 300
RM 300
RM 300
RM 200
RM 150
RM 100
2. PANDU LAJU LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 150
RM 150
RM 150
RM 90
RM 70
RM 50
3. TIDAK PAKAI TALIPINGGAN KELEDAR TEKSI
VAN
4WD / KERETA
RM 150
RM 80
RM 70
RM 50
RM 50
RM 50
4. KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DI KOMPAUN SEMUA KESALAHAN TIDAK BOLEH DIKOMPAUN MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGOMPAUN KESALAHAN) 2003 CTH: KEMALANGAN MAUT, MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK, PEMANDU DI BAWAH UMUR TANPA LESEN, MEMANDU DENGAN CUAI DAN MERBAHAYA, TIADA PERLINDUNGAN INSURAN, LUMBA HARAM. NO COMPOUND
(NC)
NO COMPOUND
(NC)
5. TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR MOTOSIKAL RM 70 RM 30
6. TIDAK BOLEH BUAT PUSINGAN ‘U’ LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 100
RM 70
RM 90
RM 70
RM 50
7. POTONG CARA BAHAYA – POTONG ‘Q’ LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 100
RM 70
RM 90
RM 70
RM 50
8. MENERUSKAN PERJALANAN SEMASA ISYARAT LAMPU MERAH LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 200
RM 150
RM 200
RM 150
RM 100
9. MEMANDU GUNA TELEFON BIMBIT/ALAT KOMUNIKASI LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 100
RM 70
RM 90
RM 70
RM 50
10. TIDAK BERI LALUAN SEBELUM MEMBELOK LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 100
RM 70
RM 90
RM 70
RM 50
11. KESALAHAN LESEN MEMANDU LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 150
RM 80
RM 70
RM 90
RM 70
RM 30
12. KESALAHAN LESEN KENDERAAN MOTOR (ROAD TAX) LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 150
RM 80
RM 70
RM 90
RM 70
RM 30
13. MEMANDU DI LORONG KECEMASAN LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 200
RM 100
RM 70
RM 90
RM 70
RM 50
14.. KES WARAN LORI/ BAS/
4WD / TEKSI / VAN / KERETA
MOTOSIKAL
RM 300
RM 300
RM 300
SEKALI GANDA DARI HARGA TAWARAN TETAPI TIDAK MELEBIHI RM 300
Powered by WordPress and Motion by 85ideas.