K-Sharing Maintenance di Shah Alam oleh En. Akmar Firdaus

June 11th, 2010
12 Mei 2010 – K-sharing oleh COP Maintenance diteruskan di Shah Alam dan kali ini disampaikan oleh Encik Akmar Firdaus yang merupakan Eksekutif Teknikal Bagi KPS-HCM Seksyen 2, Sabak Bernam. Pada kali ini, beliau menerangkan mengenai kerja-kerja berkala dan kecemasan yang mana beliau menekankan mengenai proses pelaksanaan tugasan-tugasan tersebut. Hal ini termasuklah perkara yang perlu diambil tindakan apabila menerima arahan kerja, memulakan kerja, road marking dan tuntutan bayaran apabila selesai melakukan tugasan.
shah alam

Selain daripada itu, isu yang turut diberi penekanan ialah tentang cara bagaimana mengetahui jentera-jentera yang diperlukan yang bersesuaian dengan tugasan di tapak.

Hal ini kerana jentera berbeza digunakan untuk tugasan yang berbeza dan kakitangan seharusnya faham dan tahu spesifikasi yang diperlukan pada setiap jentera yang digunakan.

Beliau turut menerangkan tentang mengapa jentera-jentera dan peralatan tertentu digunakan ketika proses keja-kerja dilakukan.

Hal ini kerana untuk menjaga kualiti dan mutu kerja yang dilakukan supaya jalan yang dibaiki dapat bertahan dengan lebih lama dan mengurangkan risiko kerosakan pada masa akan datang.

Para kakitangan saling memberi pandangan dan idea masing-masing bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan agar sama-sama dapat berkongsi ilmu dan kepakaran agar dapat diaplikasikan bersama.

COP Maintenance : K-Sharing oleh En. Hariri Adipati Md Hasran (Kerja-kerja Berkala dan Kecemasan di Tapak) Bangi

June 11th, 2010

10 Mei 2010 – COP Maintenance meneruskan sessi k-sharing buat kali ketiga yang bertempat di Bangi. Pada sessi kali ini, k-sharing disampaikan oleh Teknikal Eksekutif KPS-HCM Seksyen 1 Shah Alam, Encik Mohd Hariri Adipati Mohd Hasran.

Seperti mana k-sharing lain yang telah dilaksanakan sebelum ini, Encik Hariri turut menerangkan mengenai kerja-kerja berkala dan kecemasan namun beliau lebih memberi penekanan terhadap proses yang perlu diketahui oleh kakitangan apabila melaksanakan kerja-kerja berkala dan juga kecemasan.

Proses-proses ini adalah mengenal pasti kerosakan, mengenal pasti kaedah pembaikan, mengenal pasti item-item yang di perlukan untuk anggaran kos baikpulih, mendapatkan kelulusan dari JKR (a/k), perlantikan sub-kontraktor, menyelia kerja-kerja baikpulih, membuat tuntutan kepada JKR, membuat pengesahan bayaran kepada sub-kontraktor, memantau sebarang kecacatan (DLP) dan membuat tuntutan wang tahanan.

Selain daripada itu, Encik Hariri turut menjelaskan mengenai punca kerosakan berlaku, kaedah pembaikan dan spesifikasi yang perlu dipatuhi. Mesin-mesin dan jentera yang betul perlulah diketahui oleh para kakitangan supaya tidak berlaku kesilapan.

Banyak perkara yang dibincangkan oleh sesama mereka dan bertukar-tukar pandangan kerana peserta merupakan gabungan KPS-HCM dan juga Roadcare.

Diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan supaya semua pihak dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam lapangan kerja mereka.

Maintenance COP – K-sharing by Mohd Firdaus Ahmad Termizi (HQ)

June 11th, 2010

3 May 2010 – Maintenance COP conducted a K-sharing session on Periodic and Emergency for project works at site. The presenter was En.Mohd Firdaus Ahmad Termizi who is a Civil Engineer for KPS-HCM.

For this session, the speaker emphasized the role and responsibilities of staff when on duty. The participants of this K-sharing session came from Pahang, Kelantan and Terengganu.

He also explained and reminded that everybody should be responsive to their job and be prepared all the time. During this session, participants also exchanged opinions and discussed isuues on technical perspective and how to solve problems when it occurs.

They gained a lot of knowledge because some of the participants have been in this company for more than five years in which they can share their vast amount knowledge with each other.

En. Mohd Firdaus Ahmad Termizi shared with the audiences some of KPS-HCM’s projects and maintenance works at project site in providing valuable exposure on the specification of site works.

This is the second K-sharing for Maintenance COP at HCM Conference Room, following the first K-sharing at the Roadcare Rawang office. Lastly, the objective of these K-sharing sessions are for staff benefits tremendously in hope that it may be applied effectively to their everyday works.

COP Maintenance : K-Sharing oleh En. Zaki (Rawang)

June 11th, 2010

Pada 30 April 2010 bertempat di Roadcare Rawang, satu sessi K-sharing dengan tajuk Kerja-kerja berkala dan kecemasan di tapak telah diadakan. K-sharing ini disampaikan oleh Mohd Zaki Buang yang merupakan Eksekutif Teknikal, KPS-HCM bagi Seksyen 4, Bangi.

Pada sessi ini Encik Zaki menerangkan mengenai skala pusingan kerja-kerja berkala yang mempunyai sedikit perbezaan di antara KPS-HCM dan juga Roadcare.

Kerja-kerja berkala yang perlu dilaksanakan ialah permukaan jalan (R 01), bahu jalan (R 02), memotong rumput (R 03), membersih perabot jalan (R 04), membersih jambatan dan pembetung (R 05) dan juga membersih longkang (R 07).

Kerja-kerja kecemasan yang disenaraikan untuk diberi perhatian pula ialah tanah runtuh, kegagalan cerun, jalan mendap/jerlus, jambatan runtuh, kerosakan dan keruntuhan struktur saliran & pembetung, banjir, tumpahan minyak, bahan kimia, toksik dan mudah terbakar dan juga pokok tumbang.

Apabila kecemasa berlaku, apa yang perlu dilakukan oleh kakitangan yang bertugas ialah menyediakan pengurusan trafik dalam tempoh satu jam, pembersihan jalan dalam tempoh 24 jam bagi tanah runtuh, membina laluan sementara bagi jambatan runtuh, menyediakan papan tanda amaran dan membersih jalanraya & laluan trafik dalam tempoh dua jam bagi pokok tumbang.

Antara yang ditekankan oleh beliau ialah mengenai spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh kakitangan dan juga sub-con dalam kerka-kerja berkala dan kecemasan.

Perbincangan turut diadakan untuk membolehkan para kakitangan mengeluarkan idea masing-masing bagi menambahkan pengetahuan, pemahaman dan juga pengalaman.

K-sharing ini diadakan buat pertama kali pada tahun ini bagi menggerakkan program KM untuk Maintenance COP.

Rawang merupakan lokasi pertama pihak KM mengadakan K-sharing bagi Maintenance COP yang mana selepas ini k-sharing ini akan mengorak langkah k-sharing ke HQ, Bangi dan juga Sabak Bernam.

KERJA KECEMASAN

April 8th, 2010

SITUASI KECEMASAN :

- Tanah runtuh
- Kegagalan cerun
- Jalan mendap/jerlus
- Jambatan runtuh
- Kerosakan dan keruntuhan struktur saliran & pembetung
- Banjir
- Tumpahan minyak,bahan kimia, toksik dan mudah terbakar
- Pokok tumbang

OPERASI DAN PROSEDUR :

• Menyediakan pengurusan trafik dalam tempoh satu jam.

• Pembersihan jalan dalam tempoh 24 jam bagi tanah runtuh.

• Membina laluan sementara bagi jambatan runtuh.

• Menyediakan papan tanda amaran.

• Membersih jalanraya & laluan trafik dalam tempoh dua jam bagi pokok tumbang.

?Lokasi: Jln Sg Serai Seksyen 5.80 ( Membersih Pokok Tumbang )

Picture5

?Lokasi: B 19, Jalan Sg Lalang (Membersih Pokok Tumbang)
Picture6
?Lokasi: Jln Sg Panjang, B44 Seksyen 35 ( Mengawal laluan trafik akibat Banjir )
Picture7

PENYENGGARAAN BERKALA

April 8th, 2010

Terbahagi kepada:

BERKALA PAVEMEN
1) Menurap semula, memperkuatkan pavemen, kerja
pencegahan dan membaikpulih menggunakan kaedah, teknik
dan teknologi terkini.
2) BERKALA BUKAN PAVEMEN
Kerja Struktur, Peralatan & Perabot Jalan, Sistem
Saliran, Penghadang Jalan, Cerun dan Lain-Lain.

RINGKASAN PROJEK BERKALA BAGI TAHUN 2009 (KPS-HCM)

Picture1

Picture2

PROJEK PEMBAIKAN JALAN (MILL & PAVE) DI JLN HJ ABD MANAN , KLANG


Picture3

PROJEK PELEBARAN BAHU JALAN (RECON) DI JALAN MERU TAMBAHAN, B1


Picture4

Aktiviti KM tahun lalu – K-visit (Sunway Quarry Rawang)

February 5th, 2010

K-visit (Sunway Quarry Rawang) Sepanjang Lawatan Berlangsung

Ujikaji dijalankan

IMG_0368

IMG_0359

IMG_0412

IMG_0423

IMG_0432