8 Mei 2010 – Seramai 30 orang pekerja daripada Unit Plant&Machinery, Puchong telah berpeluang mengikuti bengkel untuk menambahkan pengetahuan tentang ‘Basic Goal Setting, SWOT Analysis, dan Leadership & Self Deception.’
Encik Mohd Shukri Abd. Rahman dan Encik Razman Abdullah telah berkongsi maklumat dan sudi memberi penerangan kepada ahli kumpulan Plant&Machinery (P&M) COP. Bengkel ini juga disertai oleh Encik Manoharan yang bertindak sebagai penyelaras.
Bengkel tersebut adalah salah satu program untuk aktiviti P&M COP. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli COP bagaimana untuk mengenali diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, peluang, dan halangan yang boleh dijadikan satu panduan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara untuk menetapkan objektif dan mencapai sasaran di dalam kehidupan masing- masing. Bengkel ini juga memberi kelebihan kepada ahli kumpulan untuk mengenali diri sendiri serta membuat perancangan untuk masa hadapan. Para peserta juga diberi peluang untuk bertanya dan berinteraksi di antara satu sama lain.
Diharapkan bengkel seperti ini dapat menambahkan pengetahuan para pekerja di samping menjadikan pekerja lebih bermatlamat di dalam arus kehidupan dan meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja.

En. Shukri memberi penerangan tentang "SWOT Analysis&Leadership

Para peserta khusyuk mendengar penerangan yang diberikan

Penerangan tentang "Basic Goal Setting disampaikan oleh Encik Razman Abdullah

Ada sesuatu yang mencuit hati...peserta tersenyum ceria...
