My Blog

Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang……… Itulah lukisan alammm…

Menimbau kenangan di Pangkor

December31

Indahnya kenangan di Pangkor…Saya pergi ke sana sebanyak dua kali di sana kerana menjayakan program Bakti Siswa (Baksis) pada awal tahun lalu.
Kunjungan kali pertama saya ditemani oleh tiga orang sahabat untuk bermesyuarat dengan ketua kampung di sana tentang program yang bakal dilaksanakan.
Kunjungan ini amatlah seronok kerana Pangkor merupakan sebuah pulau yang sangat cantikkkkkkkkkkk….Suke sangat g sana…

Kalau boleh, nak g sana tiap2 tahun. Dengan pantainya yang biru, jernih, udara yang nyaman, memang sangat sesuai untuk merehatkan fizikal dan mental.

Hotel yang kami duduki selama 2 hari satu malam itu hanya berharga RM 150 sahaja dengan dua buah katil king size..besar betullllllllll…apa yang best, bilik kami berhadapan dengan pantai…waaa..damainya…

kami sebagai pelajar semester akhir memang sangat2 stress dengan exam, assignment dan projek luar kampus.. ketenangan yang sebegini sememangnya sangat mendamaikan jiwa kami…

Dengan harga yang berpatutan, kami menaiki bot di sekitar pulau..tak mahal, seorang individu cuma RM 10 sahaja…

Di tepian pantai pula, disediakan buaian untuk pelancong menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam… Subhanallah..betapa indahnya ciptaan Tuhan…

Memang tidak puas rasanya membelai keindahan alam selama dua hari. Kunjungan kedua saya di sana dengan membawa sekumpulan rakan-rakan seramai lebih kurang 40 orang termasuk seorang pensyarah pengiring untuk menyertai Baksis. Kami menginap di rumah keluarga angkat masing2….

Selain daripada melakukan aktiviti kebajikan bersama-sama dengan penduduk kampung, kami juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling, jet ski dan lain2…

Nampaknya rakan-rakan dan diri saya sendiri sangat teruja dengan keindahan Pangkor. Dengan hanya RM 5, kami boleh melakukan aktiviti snorkelling…waaaa..saya rindukan saat2 ini…

Tiket feri pun tak mahal..cuma RM 10, pergi dan balik..kalo bawak rombongan, kena deal dengan pihak pengurusan utk dptkan harga yg lebihhhhhh murahhh…

Nanti sy citer lagi pasal tempat pelancongan yang menarik sbb sy sukeeeee sgt g jenjalan..hu3…

P

P

Luahan hati seorang ibu

December30

Saya sayang mak saya…

Semua orang takkan menafikan yang dia sayangkan mak dia… Tapi sejauh mana kita sayang mak kita??

Saya sayang mak saya… Sebab saya anak dia..As simple as that?

Teringat ketika saya berada dalam tingakatan 6 dahulu. Ibu saya menghadiri kursus keibu bapaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah saya. Saya tidak dapat mengikuti program tersebut sehingga habis kerana terpaksa menghadiri program lain yang juga dianjurkan oleh pihak sekolah.

Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekolah sehingga lah saya pulang ke rumah. Apa yang saya fikirkan,

“ni mesti ade sessi nangis2 ni..standard ah, nama pun kursus keibubapaan…”

Sejurus pulang ke rumah, saya mendapati mak juga nak pulang ke rumah. Tiba-tiba mak panggil..

“Nurul, ade surat untuk kau. Mak letak atas meja..”

Dengan perasaan yang excited (maklumla, orang jarang dapat surat..), saya terus membuka surat tersebut dengan perasaan yang sangat ghairah…

Lalu saya pun membacanya…

Lalu berderailah air mata saya tanpa saya dapat menahannya…

Uhhhu…makkkk..orang sayang makkkk…

Sebenarnya surat itu ditulis oleh ibu saya sendiri untuk saya. Di dalam surat itu antara lain beliau menyebut…

“Nurul, kau anak yang baik… Jagalah maruah diri serta nama baik keluarga kerana kau adalah cermin kepada ibu bapa… ”

Mak jugak suruh saya belajar bersungguh-sungguh kerana STPM adalah peluang terakhir untuk saya melanjutkan pelajaran ke universiti…

Huu…habis basah pipi kerana dibasahi air mata (chewwaaah…) dan air hidung yang meleleh kerana terlalu sedih…

Yelah kan..time tu budak baru nak membesar.. Suka sangat nakal2..malas belajar, suka main2..sekali dah kena luahan hati ibu, rase macam tersentap pun ada……..

Lalu saya berjanji dengan diri sendiri yang saya akan belajar rajin2 dan nak buat mak bangga dengan saya… Maka, ketika keputusan STPM diumumkan, saya berbangga kerana walaupun tidak dapat semua A, namun melayakkan saya untuk menyambung pelajaran ke universiti..

Terima kasih mak…sebab banyak bagi Nurul kesedaran tentang dunia.. Mak tak pernah marah2… mak la wanita paling cool yang penah Nurul jumpe… Bangga dapat mak yang macam mak sebab walau pun mak sekolah sampai darjah 6, mak tak pernah gagal dalam memberi motivasi dan galakan untuk membolehkan anak-anak mak berjaya dalam pelajaran…

Kini, semua anak mak dah berjaya…Alhamdulillah…

Tapi…………………………………………………….

Bila anak2 mak dah berjaya, mak pulak dapat sakit… Mak memang tak pernah sakit teruk dalam hidupnya.. Takde kencing manis, jantung, darah tinggi atau lain2 sebab mak tak pernah stress agaknya…

Tapi sekarang, mak dah kena penyakit barah payudara….rase leher ni macam kena jerut dengan tali yang gantung orang jahat tuuu…

Adess..mungkin ni semua dugaan buat kami sekeluarga… Namun, alhamdulillah..mak kini dah selamat menjalani pembedahan membuang sebelah daripada payudaranya… Asalkan mak sihat, sudahlah..walau pun anggota tubuh mak yang penah beri kami adik beradik ni susu dah takde sebelah, kasih sayang kami untuk mak tak pernah lunturrr….

Mak

Mak

Terlalu ramai orang zalim di dunia…

December30

Telah berbagai pengalaman yang telah saya baca, llihat dan baca sendiri kejadian-kejadian berjumpa dengan orang yang zalim di dunia ini. Mereka ini bukan sahaja zalim yang merosakkan diri sendiri, malah orang lain…

Saya bagi satu contoh yang biasa berlaku… rompakan. Jahat betul perangai macam nie… Mereka merompak bukan sahaja setakat merompak. Malah sehingga sampai tahap membunuh. Sayu hati mendengarkan kisah di dada-dada akhbar tentang seorang lelaki yang baru pulang daripada menunaikan ibadah yang menemui anaknya yang masih bayi, menangis di sisi isterinya dan anak-anaknya yang lain yang sudah menjadi mayat… Hanya bayi berusia beberapa bulan itu sahaja yang tidak dibunuh..

Kejamnya perompak itu…di manakah bayi itu nanti akan menumpang kasih sayang seorang ibu??

Itu hanya satu contoh kes yang berlaku tentang rompakan…

Saya memang agak sensitif dengan isu-isu yang melibatkan jenayah sehingga membabitkan kematian ni. Mungkin kerana pernah melalui saat-saat kehilangan insan yang tersayang dalam hidup…

Satu kes yang biasa kita dengar, yang selalu berlaku yang membuatkan saya sering kesal dengan sikap sesetengah manusia yang mungkin kehilangan arah selepas membuat satu kesilapan besar dalam hidup..

Buang bayi…

Tolonglah jangan buang bayi..saya sedih..sy suka bayi..bayi tu insan yang memang tak tau apa2, tak berdosa, suci..huhu..sedihnya bila tgk gambar mayat bayi di internet, akhbar..sampai ada yang kena makan dengan biawak!!! dan saya tak suka panggil bayi2 macam ni anak haram sebab yang haram bukan bayi tu, tapi mak ayah dia!!eh, ter emosi pulakkk…geram la..

Tengok jela anak2 muda sekarang ni berpeleseran macam takde arah tujuan, buat maksiat kat mana-mana je…dah tu bila perut dah naik, mula la gelabah..dah lahir je campak kat mana2…

Eiii…geramnyaaaa….

Kes yang semacam Arwah Nurin Jazlin pun sudah biasa kita dengar. Bila jumpa je, dah jadi mayat dengan macam2 benda yang dah dimasukkan dalam tubuh dia..eiii..jahat tahap gaban betul sapa yang buat..sudahnya, smpai kini masih ramai kanak-kanak yang hilang dan penjenayah yang berkenaan masih belum dapat ditangkap.

Macam-macam lagi kejadian yang zalim yang berlaku di dunia ni. Kalau saya cerita, sampai bila2 pun tak habis..hehee…

Bunuh

Bunuh

posted under My P.O.V | 2 Comments »