Satu daripada aktiviti COP Trafik & Keselamatan telah di jalankan dengan jayanya di tiga buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aktiviti ini melibatkan hadirin daripada supervisor dari kakitangan Roadcare dan semua Sub-Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja rutin.
Aktiviti yang di namakan K-Chat : Traffic Management Planning ini di sampaikan oleh Encik Abdul Jalil Ahmad, Technical Executive dari Kuantan, Pahang. Beliau memang berpengalaman berikutan pengurusan trafik dan keselamatan di mana beliau banyak menghadiri kursus keselamatan dan mempunyai sijil berkaitan dengan bidang tersebut. Beliau sendiri memang aktif dan terlalu berminat dengan pengetahuan tersebut dan mengambil berat ciri-ciri keselamatan apabila bekerja.
Tujuan aktiviti seperti ini dilakukan adalah untuk memberi pengetahuan kepada penyelia yang bekerja di tapak mengenai pengurusan trafik yang tepat semasa kerja di jalankan. Ini kerana bukan sahaja mengikut aspek penetapan JKR juga untuk menghindari kemalangan dan kecelakaan semasa proses kerja di jalankan. Di samping itu juga sebagai langkah untuk keseragaman kerja untuk semua negeri selari dengan pencapaian ISO yang mementingkan keseragaman dan ketelitian dalam pengurusan kerja. Semua penyelia bukan sahaja diberikan taklimat terperinci malah di sertaka dengan gambarajah TMP yang telah di laminate mengikut kerja-kerja yang dijalankan seperti grass cutting, shoulder, pothole dan road furniture. Mereka juga diberikan newsletter pengetahuan keselamatan dan polisi syarikat. Semasa taklimat diberikan Encik Abdul Jalil sempat menunjukkan gambar beberapa kesalahan yang sering dilakukan di tapak dan beberapa peralatan yang mesti di gunakan semasa bekerja. Semua hadirin menunjukkan minat dan sering bertanya mengenai masalah-masalah yang biasa di hadapi dan amat berpuas hati dengan aktiviti dianjurkan.
Pada 15 & 16 Julai 2010 En. Jalil akan bergerak ke Selangor untuk menemui rakan-rakan sub-kontraktor di sana…syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!!!!!

TMP at Kelantan

alatan keselamatan

TMP at Terengganu


