Selamat Datang 2010!Apa Azam anda.. ?


Tahun demi tahun silih berganti. Roda masa terus berputar dengan pantas sekali. Tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan ‘Salam Tahun Baru 2010 ‘ pada seluruh pembaca blog ku,ahakss. Tahun 2009 Masihi berlalu pergi membawa seribu satu kisah kenangan suka dan suka, pahit dan manis yang menghiasi diari kehidupan kita. Yang pentingnya, kita sebagai umat Islam tidak lupa untuk berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar segala amalan kebajikan sepanjang tahun lalu diterima Allah dan ia termasuk dalam koleksi amalan soleh di hari akhirat nanti.
Manakala tahun 2010 Masihi sudah pasti disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Dalam masa yang sama, kita juga memanjatkan doa pengharapan ke hadrat Ilahi agar setiap detik kehidupan kita diiringi taufik dan ma’unah Allah. Mudah-mudahan, perjalanan hidup kita di tahun baru ini dan yang bakal mendatang disuluhi sinaran taufik dan hidayah-Nya dalam melaksanakan segala titah dan perintah Ilahi dan menjauhi segala larangan-Nya.
Namun, perlu diinsafi di sini bahawa dengan bersilih gantinya tahun bermakna umur kita pun sudah semakin lanjut dan ajal maut pula pun semakin dekat. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya merebut kesempatan yang agak terbatas ini untuk mengisi tempoh kehidupan yang serba singkat ini dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah pula sekali-kali, dia terus terpedaya dengan pesona kehidupan dunia yang mengasyikkan dan terus terjebak dalam kancah kederhakaan kepada Allah.
Pada kebiasaannya, kehadiran tahun baru disambut oleh umat manusia sejagat dengan membulatkan tekad dan membina azam baru agar tahun baru yang menjelang ini bakal menjanjikan sinar kebahagiaan dan nikmat kejayaan yang diimpi-impikan. Malah, setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai azam masing-masing yang ingin dilaksanakan dan dijayakan sepanjang tahun 2009 ini agar cita-citanya tercapai. Ada sebahagian manusia yang berazam hendak menjadi kaya raya, tidak kurang pula orang yang berazam hendak berjaya dalam hidupnya. Terdapat juga manusia yang berazam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Pendek kata, azam itu sendiri bersifat subjektif berdasarkan kehendak dan naluri manusia di dalam hidupnya.
Keadaan ini berbeza pula dengan generasi muda-mudi di alaf baru yang menyambut kedatangan tahun baru dengan pelbagai acara sambutan seperti persembahan konsert nyanyian, jamuan tahun baru, pertunjukan bunga api dan lain-lain acara dengan matlamat mencari keseronokan dan menurut naluri hawa nafsu yang sentiasa mendorong manusia ke arah kelalaian dan kesesatan.
Semasa meyambut tahun baru, setiap insan sewajarnya merenung diri dan melakukan muhasabah terhadap berbagai-bagai peristiwa dan kisah yang telah berlaku sepanjang tahun 2009 sebagai bahan iktibar dan pengajaran. Bak kata pepatah Melayu “buang yang keruh ambil yang jernih”. Renungan, penilaian dan muhasabah diri ini amat penting dalam kehidupan setiap insan sebelum dia memasang azam dan seterusnya menjayakannya dalam tahun-tahun yang akan datang.
Meninjau senario yang berlaku dalam masyarakat Malaysia dewasa ini, terlalu banyak bahan renungan dan iktibar yang perlu dijadikan ukuran bermula daripada diri sendiri hinggalah ke peringkat kerajaan. Sepanjang tahun 2009 menyaksikan pelbagai jenis kepincangan dan keruntuhan, kejatuhan dan kebangkitan, kegagalan dan kejayaan, suka dan duka, pahit dan manis dan seumpamanya yang tercatat dalam diari hidup setiap manusia di bumi Allah ini. Di samping umat Islam bersyukur atas anugerah dan kurniaan Ilahi yang tidak terhingga, mereka seharusnya tidak lupa mengambil iktibar dan pengajaran terhadap segala musibah dan ujian Allah yang menimpa mereka agar dapat diusahakan ia tidak akan berlaku lagi buat sekalian kalinya.
Justeru, awal tahun baru merupakan saat dan detik yang sesuai untuk umat Islam berazam, bertekad dan berubah untuk mengakhiri segala macam kemelut, krisis, kepincangan dan musibah yang menimpa mereka. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu berubah untuk menuju ke arah matlamat yang disasarkan, merencana hala tuju dan meraih wawasan kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup. Untuk itu, perubahan yang paling utama sekali dilakukan bermula daripada diri sendiri dahulu. Ini kerana untuk memartabatkan bangsa Malaysia tercinta, menyelamatkan maruah masyarakat Malaysia dan mengukuhkan institusi keluarga harus bermula daripada pembinaan insan individu itu sendiri. Dalam hal ini, Allah pernah menegaskan lewat firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra‘d, ayat 11)
Maksud ayat suci di atas menjelaskan bahawa sesuatu kaum yang hidup senang lenang dan aman damai disebabkan oleh iman dan taat kepada Allah, juga oleh akhlak yang mulia dan terpuji. Oleh itu, Allah tidak akan mengubah keadaan mereka yang baik itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri daripada iman dan taat kepada kufur dan maksiat, dan daripada akhlak yang mulia kepada akhlak yang keji kerana segala sifat dan perbuatan yang jahat dan keji itulah antara punca utama yang membawa kepada kehancuran.
Begitulah sunnatulah atau peraturan hidup yang digariskan Allah yang menghiasi kerancakan dan keceriaan pentas kehidupan sejagat. Oleh sebab itu, umat Islam sewajarnya menginsafi bahawa kedudukan, imej dan maruah mereka yang tercalar selama ini adalah berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Jika diimbas kembali kepada sirah Rasulullah sebagai suatu bentuk peringatan dan pengajaran kepada umat Islam semua, kita mendapati betapa Rasulullah sendiri mengalami peristiwa suka duka dan pahit manisnya dalam perjuangan baginda menyebarkan dakwah Islam pada ketika itu. Sebagai contohnya, di dalam peperangan Badar Rasulullah tampil sebagai pemimpin yang mengatur barisan tentera muslimin yang berjumlah 313 orang sahaja menentang tentera Quraisy yang jauh lebih besar bilangannya, lengkap dengan senjata yang canggih dan hebat pada ketika itu. Namun tentera Islam yang berbekalkan dengan keimanan yang kental kepada Allah dan yakin dengan janji-janji Allah di samping strategi peperangan yang tersusun, mereka mampu mencipta kemenangan yang gemilang menundukkan musuh Islam yang bongkak dengan jumlahnya yang ramai dan senjata yang lengkap. Berita kemenangan ini sudah pasti menjadi perangsang kepada tentera Islam ke arah menggiatkan usaha penyebaran dakwah Islam ke seluruh tanah Arab.
Kemudian ternyata kemenangan tidak selalunya berpihak kepada tentera Islam. Apabila peperangan Uhud meletus, Rasulullah bersama dengan tentera Islam berjuang menentang kaum Quraisy akan tetapi kali ini tentera Islam mengalami kekalahan walaupun taktik peperangan telah disusun dari awal lagi. Sebenarnya, dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah hampir mencapai kemenangan tetapi di saat-saat akhir peperangan tersebut, tentera Islam telah berubah niat dan tujuan iaitu merebut harta rampasan perang yang tersadai berbanding berjuang kerana Allah. Serentak dengan itu, mereka mula lupa diri dan terus melanggar arahan dan perintah Rasulullah dan akibatnya tentera Islam berpecah belah dan akhirnya kekalahan berpihak kepada tentera Islam. Dari sini, barulah tentera Islam menyedari betapa kekalahan tersebut adalah berpunca daripada kesilapan mereka sendiri iaitu mengingkari arahan Rasulullah dan mereka sudah pasti menerima pengajaran di sebalik peristiwa tersebut dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Malah, kegagalan tersebut telah menguatkan lagi semangat juang dan keimanan mereka kepada Allah. Dari satu segi yang lain, tentera Quraisy meraikan kemenangan mereka setelah mereka berjaya menebus kekalahan mereka dalam peperangan yang lalu.
Pengajaran yang paling penting ialah kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya ia banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesebuah kejayaan yang diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti. Kesemua faktor ini adalah antara pra syarat dan persediaan yang amat penting serta memberi pengaruh yang turut sama menentukan kemenangan atau kegagalan sesuatu bangsa dalam pelbagai bidang.
Lanjutan daripada itu, umat Islam sewajarnya memahami erti kehidupan di dunia ini yang sarat dengan perjuangan dan pertarungan yang sengit. Oleh itu, kemenangan dan kegagalan adalah merupakan sebahagian dari sunnatullah tersebut. Bagi orang yang beriman, mereka sudah tentu dapat memahami konsep tersebut kerana mereka betul-betul menyakini bahawa Allah yang menentukan segala-galanya. Walau bagaimanapun, setiap Muslim mesti menyedari bahawa setiap kejayaan masih terikat dan bergantung kepada sebab musabab iaitu azam, tekad, daya usaha, kesungguhan, istiqamah dan persediaan yang dilakukan pada peringkat awalnya. Pendek kata, kemenangan dan kegagalan, kebangkitan dan kejatuhan, kemajuan dan kejatuhan ini semuanya bertitik tolak daripada keazaman kental, keimanan mapan, keluhuran budi dan ketakwaan yang jitu kepada Allah.






Waktu paling tepat sebelum subuh. Dengan duduk rileks, nafas teratur dan mata terpejam renungkanlah sesuatu tanpa perlu ada ‘judulnya’. Disertai dzikir lebih baik.
Seperti minima qiyammulail 4X seminggu, puasa sunnah 3X sebulan, solat berjamaah, membaca Al Qur’an 5 lembar sehari, dzikir pagi dan petang hari (mathurat) dan sebagainya.
Jika pekerjaan anda lebih banyak menggunakan otak, perbanyak protein dan vitamin, khususnya vitamin C. Buah yang paling bagus pengaruhnya terhadap otak adalah epal. Sementara itu, terlalu banyak tidur akan membuat anda mudah mengantuk. 4 jam tidur yang berkualiti sudah cukup bagi orang dewasa. Ketika bangun, bukalah mata perlahan dan jangan bangun terus dari tempat tidur. Biasakanlah berwudhu segera setelah bangun tidur untuk mengembalikan konsentrasi anda. Dada dan bahagian punggung ke belakang adalah bahagian fizikal yang sangat menentukan emosi kita. Push up sangat baik untuk kekuatan dada. Sedang memanah, berkuda dan berenang baik untuk tulang punggung. Amalkan jogging sekitar 4km, sekurang-kurangnya 3kali sehari.
Pastikan program lawatan, bercuti dan ziarah anda tidak sekadar menikmati pemandangan saja. Tentukan apa yang perlu anda ketahui tentang tempat tersebut dari aspek budayanya, ekonomi, sosialnya dan sebagainya. Pengetahuan pun bertambah.
Ini kerana, fikiran itulah yang mempengaruhi suasana jiwa dan melahirkan tindakan.
Dengan demikian anda telah melakukan proses pematangan idea. Kerana idea perlu diikat biar tidak lari kemana-mana, sedang memori manusia tidak cukup kuat untuk lama menyimpannya.
Ini adalah proses analisa. Bicarakan sesuatu hanya yang sudah anda fikirkan terlebih dahulu. Kurangi perkataan-perkataan ‘refleks’ atau hal yang tidak berfaedah atau tidak dalam tahap pengetahuan anda. Elakkan dari menjadi personaliti serba tahu, kerana kelak akan memakan diri.
Biasakan agar emosi anda tidak mudah terlihat melalui wajah, apalagi ucapan atau tangan. Kuasai diri anda, amalkan 3 sikap, sentiasa berlapang dada, sentiasa mengutamakan orang lain dari diri sendiri dan sentiasa bersangka baik.

Jika anda diberhentikan kerja dan dilindungi oleh Akta Pekerja 1955 ( EA ), anda seharusnya memastikan bahawa majikan membayar sekurang-kurangnya faedah pemberhentian kerja yang paling minimum. Manakala pekerja yang tidak dilindungi oleh EA pula, terpaksa bergantung kepada majikan mereka untuk menentukan jumlah pampasan yang akan diterima.
Kehilangan pekerjaan memberikan reaksi yang berbeza kepada setiap individu. Sesetengah daripadanya akan pulih dengan cepat berbanding dengan orang lain. Manakala sebahagian lagi mungkin melihat pemberhentian kerja mereka sebagai satu peluang untuk melakukan sesuatu yang baru seperti membuka perniagaan sendiri mahupun membuat pelaburan yang dijamin oleh kerajaan terutamanya jika faedah pemberhentian begitu banyak. Anda dinasihati mempertimbangkan langkah-langkah berikut agar tidak membebankan anda di kemudian hari;

5) Begitu juga jika anda ingin menceburkan diri dalam perniagaan, pastikan anda lengkapkan diri dengan ilmu tentang asas perniagaan dan tahu apa yang anda lakukan. Jangan mudah percayakan orang. Dengan menerima pampasan yang banyak, mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan terhadap anda. Maka Berhati-hatilah!!



mendapatkan bantuan orang lain untuk melakukan panggilan kecemasan. Tahan kenderaan yang lalu dan dapatkan bantuan orang lain untuk menghubungi 999.

