selamat hari jadi ke 7 bulan
assalamualaikum anakanda ayah Muhammad Adam Hakim yang di kasihi.. SELAMAT HARI JADI yang ke 7 bulan… hari ni genaplah adam berada di dunia ini selama 7 bulan..selama 3 tahun ayah dan...
Assalamualaikum… anaknda ayah Muhammad adam hakim bawah ni adalah panduan solat Qasar dan Jama sebagai panduan adam dan kawan2: ayah minta maaf sebab ayah tak reti nak masukkan niat solat dalam bahasa arab…ayah kan baru belajar nanti ayah ajar adam…. Panduan Solat Qasar Dan Jama Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut: 1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat [...]
Assalamualaikum…
anaknda ayah Muhammad adam hakim
bawah ni adalah panduan solat Qasar dan Jama sebagai panduan adam dan kawan2:
ayah minta maaf sebab ayah tak reti nak masukkan niat solat dalam bahasa arab…ayah kan baru belajar
nanti ayah ajar adam….
Panduan Solat Qasar Dan Jama
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak bolehdiqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
assalamualaikum anakanda ayah Muhammad Adam Hakim yang di kasihi.. SELAMAT HARI JADI yang ke 7 bulan… hari ni genaplah adam berada di dunia ini selama 7 bulan..selama 3 tahun ayah dan...
assalamualaikum… adam anak ayah… ingat pepatah ini….. ” JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT, HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI ” solat 5 waktu tu wajib.. bila adam cukup umur nanti ayah ajar...
assalamualaikum… anaknda ku muhammad adam hakim… di bawah ni adalah senarai nama 25 rasul yang wajib kita ketahui.. ingat dan bagitahu kepada kawan2 nanti….insyaallah NAMA-NAMA RASUL 1 ...
ASSALAMUALAIKUM… anaknda ku adam… disini ayah nak ajar sedikit fardu ain untuk adam… ayah takut…zaman sekarang ni ramai anak2 islam tak tahu rukun islam..tak tahu rukun iman…semua tu wajib kita ketahui...
assalamualaikum.. buat anak ku Muhammad Adam Hakim… hari ni ayah mula belajar nak buat blog…nanti bila ayah dah pandai..ayah ajar adam pula..adam pun boleh buat blog juga nanti..tapi jangan cerita...
Recent Comments