Selamat datang ke Blog CaRa Ku...Blog Berinformasi
December
4

Salam semua….kali ini mari kita berkongsi tazkirah yang bertajuk sebab utama lelaki ditarik ke nereka oleh wanita. selamat membaca……

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
didunia, tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya dan membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s : Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &
mengaji,.menutup aurat?..pengetahuan agama?… Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg
alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam api neraka.

(p/s : Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak
kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg
kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s : Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga
amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabk
an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat…
dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya
ke neraka.

(p/s :  Duhai anak2 lelaki.. sayangilah ibumu.. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.. kerana ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi
penemannya.)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat
pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SW.T;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu… .”

P/s: renung-renung………………

November
11

KURMA , MADU , KISMIS

Posted In: Makanan Berkhasiat by Zalina

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah…lama rasanya blog CaRa ku ini tidak mempunyai artikel / infor baru. info ini kiriman dari rakan yahoo group yang di email kan ke aku. Sangat menarik. Mari sama-sama kita mendapat pengetahuan dari info ini (ntah apa-apa bahasa aku ni..layan jerlah). Selamat membaca.

kurma mudaSabda Rasulullah s.a.w “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. ”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Ibu mengandung janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus dibuat, makanan manis2 yang lain jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.

kurma1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah as. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS
kismisNabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, baguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. kismis 1Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

madu lebah3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWT telah meletakan berkah di dalam madu dan madumenjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
madu botolDari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu
memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

p/s: banyakkan kebaikan kurma, madu dan kismis,,start dari sekarang marilah kita makan…renung-renungkan…..

November
6

TeMaN…….

Posted In: Sajak by Zalina

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah….ok kali ini mari kita bersajak. sebenarnya sajak ini adalah sebuah lagu yang telah aku tukarkan kepada sajak… selamat bersajak..hihihih

TEMAN

Teman… menggamit kenangan zaman persekolahan
Teman… ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga

Kita… terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita… dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi

Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini…
Oh! Teman… pedihnya
Dapatkah kau merasakan…

Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh! Teman pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Teman pedihnya dapatkah kau merasakannya…
TEMAN………..

p/s:…bila baca teringat pulak zaman muda-mudi dulu…..jangan marah yek en. zaki.(kau tetap dihati sampai mati)hihihihih…no heart filling…….renung-renungkan……………

November
3

ReSePi

Posted In: Resepi by Zalina

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah…ok kali ini mari kita berkongsi Resepi. Resepi ini adalah resepi dari kawan-kawan yang rajin nak berkongsi.

KuIh ApAm NeZa

Bahan-bahan

apam

1 peket Yis
1kg Tepung Gandum
Gula secukup rasa
Air
Pewarna yang dibenarkan

Cara-cara membuatnya:

Yis dibancuh dengan secawan air. Kemudian gaul @ kacau kesemua bahan-bahan sehingga rata. Letakkan di dalam loyang  atau pun acuan biar seketika sehingga kembang sedikit dan dikukus selama 15min.

MaSaKan CiLi MiNaNg Aini

Bahan-bahan

rendang daging

- Daging – direbus sehingga empuk kemudian hiris nipis2 (air rebusan simpan untuk memasak)
- Minyak Masak

Bahan Kisar

- Cili kecil (hijau sahaja)
- Cili Besar (hijau sahaja)
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit Hidup
- Serai
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Garam (secukup rasa)
- Gula (sesedap rasa)
- Daun Kunyit

Cara Memasak
Panaskan minyak, goreng bahan kisar sehingga cili masak keperangan, masukkan garam, gula dan daun kunyit…..kacau beberapa minit. Jika masakan terlalu kering tambahkan air rebusan daging @ air kosong, kacau hingga puas hati. Akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi dan kacau sehingga sebati.

selain daging. Ayam, Sotong, udang juga boleh.

P/s….telah terbukti kedua-dua resepi di atas sedap…selamat mencuba…renung-renungkan……

October
30

TiP KeKaLkAn HuBunGan CiNtA

Posted In: Hubungan, Kasih Sayang, Love by Zalina

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah..dah bersarang rasanya blog aku romanceni..lama tak berkongsi info. Kali nie mari kita berkongsi tip untuk kekalkan hubungan cinta.

Kata orang cinta yang datang semula jadi adalah yang terbaik..betul ke?

Kata orang juga untuk mempertahankan hubungan cinta jauh lebih sukar daripada memcari pasangan kekasih. Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti kita inginkan hubungan yang berterusan.

romance 1Mari kita kongsi tip penting untuk mengukuhkan ikatam cinta yang berkekalan.

TIGA KATA AJAIB
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya. Sebaiknya, kita tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkatanan ” I LOVE U”. Ini kerana, kita sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya.

HAYATI HUBUNGAN KITA
Walaupun si dia sudah lama berada dalam gengaman tangan, kita masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah kita dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

TERUSKAN AKTIVITI NORMALDSCF1118
Jika sebelum kita bersama si dia, kita begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. Perlu diingatkan kita tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti, kita perlu berbincang mengenai rutin harian kita dengan si dia.DSCF1279

JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan. Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagian dalam hubungan intim. Apabila cinta kita berdua sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk kita berkomunikasi secara dua hala tentanghal masing-masing. Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri kita secara luaran dan dalaman. Begitu juga kita, , cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

JANGAN KELAM KABUT
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, kita tidak perlu kelam-kabut, panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik kita.

PEKA PERKARA SENSITIF
Pertimbangankan dahulu masalah jika kita ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Kita pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

BIARKAN HUBUNGAN MELEWATI DUGAAN DAN CABARAN
Perkara ini akan membuatkan hubungan kita tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan kita. Perhatian sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah.romance 4

p/s…………. cuba kawal perasaan kita agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun….renung-renungkan

October
22

CaRa MuDaH MeNaNgAni SaKit KePaLa

Posted In: Healthy by Zalina

sakit kepalaSalam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah…ok kali ini mari kita berkongsi tip kesihatan. Kali  ni mari kita kongsi tentang cara mudah menangani SAKIT KEPALA.

Perlu diingat bahawa tidak semua ubat-ubatan dapat memberikan kesan yang efektif apabila sakit kepala menyerang kita. Oleh itu terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan dan amalkan sendiri di rumah. Bagi mendapatkan efek yang segera, cara berikut dapat mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala.

  1. Mandi dengan cara membasahi tubuh, dari hujung rambut hingga hujung kaki.
  2. Istirehat, berbaring di ruang yang gelap.
  3. Hindari lampu terang atau nyalaan lampu yang menyilaukan.
  4. Letakkan sesuatu yang dingin dibahagian belakang leher seperti kain basah dan suam pada tempat yang kelesuan.
  5. Sesekali rendamkan kaki di dalam air yang hangat.
  6. Minum air dengan banyak dan amalkan meminum jus setiap hari.jus1
  7. 7. Amalkan memakan atau meminum makanan yang bergizi.
  8. 8. Lakukan urutan pada wajah, kepala, leher, bahu dan punggung agar otot-otot lebih relaks.
  9. 9. Urut atau tekan bahagian berdaging antara ibu jari dan jari telunjuk.
  10. 10. Lakukan regangan pada otot-otot leher untuk mendapatkan efek yang lebih relaks pada otot-otot atau sendi yang tegang.urut

 

 

P/s:…….siapa yang selalu sakit kepala tu boleh lah cuba…semoga tip nie dapat membantu…renung-renungkan…………

October
20

SENAMAN UNTUK KECERGASAN

Posted In: Healthy by Zalina

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah…ok kali ini mari kita berkongsi tip kesihatan. Adakah badan kita mudah berasa letih dan tidak bermaya? Ok jika ya, kita perlu memperuntukkan sedikit masa untuk bersenam agar badan sentiasa dalam keadaan cergas. Walaupun sesibuk mana pun jadual kita, kita tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Lakukan beberapa senaman ringkas seperti…….

 SKIPPING1Skipping

Senaman ringkas yang mudah dan boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti ini hampir sama seperti berjoging. Ia membantu menguatkan otot lengan, paha, perut dan mengurangkan lemak berlebihan dalam badan.

 
Menaiki Tangganaik tangga

Apa kata jika kita mencuba cara ini, hampir setiap pejabat mempunyai tangga. Jadi gunakanlah tangga, kerana ia membantu menegangkan otot paha dan betis kita.

jantungSENAMAN UNTUK JANTUNG SIHAT

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Antaranya…….
Memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung.
Meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
Meningkatkan paras kolesterol pelindung atau “high density lipoprotein” (HDL).
Mengawal berat badan dengan membakar kalori.
Mengurangkan tekanan darah tinggi.
Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.

P/s…mari ramai-ramai kita join aktiviti yang di anjurkan oleh HR itu, sangat bagus. Bila badan kita sihat kita dapat tidur dengan nyenyak. renung-renung………

October
15

CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU

Posted In: Kasih Sayang, Love by Zalina

love1Cinta beribu mainan perasaan
Merisik pada makanan yg lazat-lazat
Memperaga pada pakaian yg ekslusif
Melebur pada hiburan yg mengembirakan
Mengapai pada segala sesuatu yang segera
Mengumpul yang sementara berbahagia
yang tiada punya  roh dan  jiwa

love2Cinta yang Satu cinta nan abadi
syahdu walau tidak dapat bersatu
Melekap terus didalam kalbu
dibina atas rasa bersama cinta Ilahi
murni tiada galang ganti
berkorban tanpa dimengerti
Pada sang kekasih yg setia menanti

loveHari ini dan esok tiada berganti
Walau ada seribu cinta menari
Dimata, dihati, dijiwa
Namun tiada yang dapat ditukar ganti
Hanya cinta ilahi sahabat senantiasa beraksi
Mencari yang murni dan hakiki
Dibawa sehingga kemati dan akhiri

 

P/s…..Masih adakah lagi cinta abadi sesama insan dizaman ini????? love3renung renungkan……

October
13

Salam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah, sihat hendaknya. Kali ini mari kita berkongsi sedikit info tentang MATA…mata

 Keletihan mata berlaku apabila kita letih akibat penggunaan yang kerap seperti memandu, membaca atau bekerja dihadapan komputer pada masa yang lama dan panjang. Walaupun keletihan mata boleh mengganggu, tetapi ia bukanlah satu masalah serius dan akan hilang dengan sendirinya sebaik sahaja kita merehatkan mata. Ikuti tip-tip yang diberi…..

 Pastikan cahaya dipancarkan terus kepada apa yang sedang dilakukan jika melakukan kerja-kerja yang memerlukan penelitian. Gunakan cahaya terang jika diperlukan terutamanya jika penglihatan berkurangan akibat peyakit mata.

m2Apabila membaca, cuba untuk tempatkan sumber cahaya di belakang kita dan pastikan cahaya itu terus ke bahan bacaan yang sedang dibaca. Jika membaca di meja, gunakan lampu membaca di hadapan kita. Pelindung lampu meja itu akan melindungi cahaya terus ke mata kita.

Apabila menonton televisyen, pastikan cahaya lampu suram kerana pertentangan antara skrin televisyen dan persekitaran boleh menyebabkan keletihan mata.

 

matahaqP/s: cuba teka mata siapakah itu?..(hihih)….oleh itu jagalah mata kita dengan baik…dari mata lah yang menunjukkan segala kebenaran dan segala penipuan…renung-renung…..

October
12

PANDUAN HADAPI minggu akhir KEHAMILAN

Posted In: Healthy by Zalina

 PREGNANTSalam semua…macam mana hari ni, sihat? Alhamdullilah, sihat hendaknya. Disebabkan kat jabatan aku ada 2 orang mengandung (nora n aini…. tahniah) dan kawan aku yang nun jauh di sebelah itu yang menanti selama setahun lebih untuk dapat baby (sapa lagi ainon lah,,tahniah), aku terpanggil pulak untuk berkongsi panduan tentang kehamilan. Mari kita berkongsi info.

 

”kaki mula sembap tetapi perut belum ’turun’. Bila agaknya nak bersalin ni?” begitulah  antara satu daripada 1000 persoalan yang biasa dihadapi ibu di minggu akhir kehamilan. Bagi membantu menghilangkan gundah gulana ini, tambah meletihkan apabila perlu bertandang ke rumah sanak saudara di aidilfitri ini.

 Pastinya kita mulai berkeluh-keluh mengenangkan keadaan yang dilalui sepanjang minggu-minggu terakhir ini sehingga boleh menjadi punca kita panik. Untuk itu tarik nafas dalam-dalam sambil buat kiraan satu hingga 10. Ada 7 panduan yang tertera mengikut kemampuan diri sendiri.

 1. Rujuk doktor pakar

Setiap wanita yang pernah melahirkan kelihatan seperti pakar bila ditanya tentang keadaan-keadaan tertentu yang dialami sewaktu penghujung kehamilan. Namun, kadang kala maklumat dokyang disampaikan berlandaskan pengalaman dan bukannya fakta yang benar-benar dapat membantu kita melalui saat-saat ini dengan tentang dan berkesan. Oleh itu, kita disaran untuk mendapatkan pendapat daripada orang-orang yang lebih berpengalaman tentang masalah kehamilan. Orang yang dimaksudkan tentulah doktor pakar. Ketika bertemu dengan doktor pakar pilihan, kemukakan permasalahan yang kita hadapi dan dapatkan penjelasan lanjut daripada beliau. Sedikit sebanyak dapat membantu menjadi lebih tenang daripada segi fizikal dan mental.

 2. Tambah pengetahuan

Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan ini sebaik-baiknya diiringi dengan ilmu. Dengan ilmu pengetahuan yang penuh di dada, kita dapat mengatasi apa juga masalah yang timbul dalam keadaan tenang. So, luangkan masa terluang dengan membaca bahan bacaan yang banyak terdapat di pasaran.

 walk3. Banyakkan berjalan

Aktiviti ini sememangnya baik untuk bakal-bakal ibu. Lebih daripada itu, senaman khusus untuk ibu hamil yang diamalkan sejak dari awal kehamilan dapat mengurangkan apa jua komplikasi yang timbul di penghujung kehamilan. Berjalan merupakan kaedah berguna dalam ”memaksa” bayi mencetuskan kontraksi semula jadi.

 4. Duduk mencangkung

Sama seperti memperbanyakkan berjalan, kita boleh juga mencuba untuk duduk mencangkung. Lakukannya dengan berada dalam posisi berdiri tegak terlebih dahulu dan kemudiaannya posisi mencangkung. Perubahan posisi ini dapat menggalakkan kepala bayi untuk memasuki ke saluran peranakan. Sebaik-baiknya, lakukan sambil diiringi dengan alunan muzik lembut agar kita melakukannya dalam keadaan yang tenang. Dinasihatkan agar melakukannya secara perlahan-lahan.pREGNANT1

 5. Pelajari teknik pernafasan

Teknik ini dapat kita pelajari melalui kelas antenatal yang kebanyakannya dianjurkan oleh pihak hospital. Teknik pernafasan yang betul dapat membuahkan hasil yang positif. Namun, sekiranya  sudah kesuntukan masa untuk menghadiri mana-mana kelas antenatal memandangkan tarikh jangkaan bersalin yang makin hampir, kita boleh belajar dan pratikkannya melalui video yang terdapat di laman sesawang berkaitan kehamilan dan kelahiran.

 6. Hubungan asmara

Melakukan hubungan intim di akhir kehamilan, dapat merangsangkan prostaglandin yang p1terkandung di dalam air mani suami untuk mencetusklan kontraksi. Malah, kandungan prostaglandin turut membantu servik untuk menjadi lembut dan bersiap sedia untuk proses bersalin. Yakinlah, hubungan asmara ketika ini adalah selamat asalkan ketuban tidak pecah atau kita mengalami komplikasi uri di bawah ataupun pendarahan.

 7. Makanan pedas

Pernah tak mendengar pendapat yang menyatakan makanan pedas dapat menimbulkan rasa sakit bersalin? Benar ! amalan ini merangsang perut dan usus menggunakan makanan pedas dapat mempercepatkan rasa sakit bersalin. Bersederhanalah, jangan terlampau pedas pula. Dikhuatiri akan menyebabkan perut meragam yang akhirnya membuatkan kita mengalami masalah cirit-birit, mungkin juga menimbulkan komplikasi seperti pedih ulu hati dan sebagainya.pedas

 

 

P/s…. untuk bakal-bakal ibu diharap tip-tip ini sedikit sebanyak dapat membantu….. renung-renungkan ..